Raleigh Hydra

April 06, 2012

Seumur hidup, gua rasa gua pernah ada basikal 2 kali je. Masa zaman sekolah rendah dengan zaman belajar kat U. Yang kat U tu, tahan satu semester je. Bila abah bagi gua motor, gua lelong basikal yang gua beli yang sememangnya pakai duit abah jugak. Memang patut gua jual balik, sebab basikal tu banyak lepak kat tempat parking, banding ngan atas jalan raya. Ye lah, masa tu naik basikal bukan ada sebab. Lebih kepada nak menghabiskan duit.  Perasan anak orang ada-ada. Nak kata untuk eksesais, tak jugak. Nak kata untuk kuruskan badan, lagi la tak mungkin. Kalau lu tengok wajah dan body shape gua masa zaman tu, pastu lu bandingkan dengan wajah dengan saiz body gua sekarang, nescaya lu ada rasa kurang keyakinan diri.

:)

Dan gua rasa, itu lah saat-saat akhir gua berbasikal. Berbasikal yang betul-betul basikal. Lepas tu, gua rasa  kalau gua kayuh pun, kayuh basikal kat gym yang tak mesra alam tu.

Sampai lah umur dah kategori remaja pupus nih, gua mula rasa insaf nak carik aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Memang dah ada kawan-kawan yang dah berbasikal, tapi gua rasa kurang teruja. Gua prefer ke gym lepas kerja, senang.

Konon.

Gua takde disiplin. Pergi ke gym ikut mood. Jadi keluar peluh kat badan ni pun ikut mood jugak. Tak jadi. Walaupun jarang sakit, gua tau gua bukan jenis orang yang kesihatannya bagus. Tapi gua tetap rilek. Aktiviti nak mengeluarkan peluh ni, bukan lah kronik bagi gua.

Mensedihkan.

Pastu, ada pulak geng ajak main badminton. Gua join. Tapi tu lah, takat 2-3 kali main je. Pastu senyap sunyi.

Dan gua pun kembali kepada acara ke gym tanpa rasa ada keperluan yang jitu. Pergi gym sharekat, tak hip hop langsung. Sangat-sangat retro. Barang yang rosak lagi banyak berbanding dengan orang yang datang.

Tup tup, ada pulak yang mengajak berbasikal. Dah menjadik trend pulak sekarang ni orang berbasikal. Kalau sebelum ni orang gila main kamera, sekarang musim dah berubah. Rata-rata sana sini bercerita pasal basikal. Gua pun teruja.

Rancang punya rancang. Nekad punya nekad. Akhirnya gua terjebak. Minggu lepas, gua dah sambar satu basikal.

Raleigh Hydra


Ehehehe!

Nanti gua cerita lagi. :)

You Might Also Like

0 comments

Press

press