Membaca Jambatan Ilmu

May 04, 2012

Skema kan bunyi tajuk dia. Tapi itu lah hakikatnya.

Baca.

Iqra.

Itulah perkataan pertama yang diwahyukan kepada junjungan besar Muhammad SAW. Peri pentingnya tuntutan menuntut ilmu dalam kehidupan.

Dulu. Masa zaman jerawat batu masih mesra dengan pipi dan dahi, aku masih rajin membaca. Buku cerita. Cerita remaja. Buku keluaran Creative Enterprise. Banyak buku yang aku beli, tapi sekarang mungkin buku-buku tu dah bersatu dengan bumi. Hobi membaca dah lama terkubur.

Cuma semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni, minat membaca kembali timbul. Rak buku di rumah sudah mula berisi buku. Bosan dengan kehidupan harian yang asyik mengadap tv, komputer atau talipon. Otak mahu kembali dirangsang untuk mentelaah.

Alhamdulillah. Semoga anak-anak juga menjadi minat.

Dan tadi, sebeban lagi buku dibawa pulang dari pesta buku. Esok, lusa dan hari seterusnya, mahu pastikan buku itu bukan hanya sekadar hiasan rak buku!

Insyaallah.

Hasil tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

You Might Also Like

0 comments

Press

press