Peluh

May 11, 2012

Gambar 18SG : Peluh di tangan selepas bersukan di gym

Peluh.

Bila kali terakhir lu berpeluh, kawan? Bukan peluh sebab cuaca panas, bukan peluh sebab nak interview, bukan peluh sebab nak menikah. Peluh yang sebenar-benarnya peluh.

Peluh bersukan. Peluh mengemas rumah. Peluh menebas rumput. Peluh yang terhasil dari penggunaan kederat, yang mengakibatkan lemak lu terbakar, kawan!

Gua agak jarang berpeluh. Gua lebih selesa bergelumang hidup dengan lemak-lemak tepu di badan gua. Gua rasakan, bahagian-bahagian badan yang berlebihan dan menggelebeh sana sini itu mempunyai nilai seni yang sangat eksotik.

Puii!

Jangan lah lu terpengaruh dengan dakyah palsu gua nih. Kalau lu ikut, akibatnya tanggung lah sendiri. Macam gua sekarang. Jalan kawasan berbukit sikit dah mengah. Lidah dah terjulur menandakan kesemputan, kalau lah lidah gua  panjang memang dah sah menyapu bumi. Kalau bersosial, kalau berjalan-jalan dengan isteri, kata-kata nista yang dilemparkan sungguh melukakan perasaan.

Tanya mereka kepada isteri gua yang comel lote tu, "Kau kawen orang tua ke?"

Adakah lu merasakan apa yang gua rasa bila terdengar kata-kata itu? Oh! Luka dihati ini tak terperinya.

Ini lah antara sebabnya gua mahu kembali sihat. Sihat yang sepatutnya. Itu lah sebabnya gua berbasikal sekarang. Itulah sebabnya gua rajin bersenam di jimnasium. Gua mahu kembali berpeluh.

"Ooo.. itu ke sebabnya? Bukan sebab nak beribadah?", tiba-tiba ada suara kedengaran di kepala gua.

Errr! Yang tu pun ia juga.

:)

You Might Also Like

0 comments

Press

press