Penyebar Fikiran Rakyat?

May 02, 2012

Marah. Sedih. Kecewa.

Tak tau lagi apa yang aku nak cakapkan kepada suratkhabar yang satu ni. Gilanya bukan kepalang. Motif pemberitaan yang jauh dari nilai keislaman, mahupun kemelayuan.

Sanggup pulak tu dijenamakan sebagai penyebar fikiran rakyat.

Tengoklah muka depan hari ini. Akhbar mana, faham-fahamlah sendiri. Rabu, 3/5/2011. Takdenya lah aku nak tunjuk kat blog nih. Belum sempat nak baca tajuknya, mata dah terfokus kepada gambar. Gambar besar. Gambar tak senonoh!

Nauzubillah.

Atas apa pun sekali alasannya, perbuatan mencetak dan mengedarkan gambar sebegitu rupa untuk tatapan satu dunia, memang tak dapat dimaafkan. Kalau betul sekali pun pelakunya seperti yang dituduh, masih belum boleh dijadikan sebagai justifikasi untuk membolehkan perkara ni berlaku. Itu pun kalau betul. Ayat yang digunakan pun "mirip", yang sama maksud masih belum ada kepastian.

Semoga timbul lah rasa takut kepada mereka yang bertanggungjawab. Takut kepada Allah. Dan semoga Allah menyinarkan hidayah kepada umat Islam, terutamanya di Malaysia ini. Terutamanya aku dan keluarga.

Sedih. Kecewa. Masih marah.

Astaghfirullah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press