ماري منوليس جاوي.

June 29, 2012

.ڤرچوبأن اونتوق ممبوات انتري مڠڬوناكن توليسن جاوي

(Percubaan untuk membuat entry menggunakan tulisan jawi)

Tadi ada nampak kawan post satu kartun dalam Facebook. Ingatkan kartun dari Middle East, rupanya kartun orang Malaysia. Sebabnya aku ingat dari Middle East, dia buat dalam tulisan jawi. Pathetic nya saya

Allahuakhbar.

Bagusnya lah manusia yang buat kartun nih. Aku walaupun boleh baca jawi, agak terkial-kial lah jugak. Malu. Kalau tau dek anak-anak, mau jugak kena "sound" dengan dorang tu.

Abah poyo! Hihihihi!

Tapi, kartun ni menggunakan bahasa harian, bukan bahasa skema. Bayangkan, "aisehmen" pun dijawikan. Mana la kita boleh agak, sebab selama ni jawi yang dibaca memang berbahasa skema. Ada juga english words yang dijawikan, bahasa banjar, bahasa jawa, bahasa kantonis. Mau tak merangkak? Eheh!

Aku tak jumpa website empunya kartun tu, so aku masukkan kartun dia dalam blog ni. Kalau tuan punya kartun ni terjumpa kartun dia kat sini, dan tak berkenan di hati,  harap dapat maklumkan untuk dikeluarkan sesegera yang mungkin. Aku letak ni sebab nampak kat "wall" FB dia, dia tak kisah kalau nak sharekan kartun dia.


Hihihi!

So, tadi cuba la cari cara camana nak taip menggunakan tulisan jawi. Google punya google, terjumpa website ni;

http://www.ejawi.net/converterV2.php

Sangat awesome!

Maka, marilah kita bersama-sama gemilangkan tulisan jawi. :)

You Might Also Like

1 comments

  1. punye la berbelit lidah nak baca eisei men..hehehehe...

    kreatif

    ReplyDelete

Press

press