Monday, 23 July 2012

thumbnail

Namaste, New Delhi!

Wahhhh!

Sakan juga program jalan-jalan aku tahun ini. Baru selesai urusan belian tiket untuk ke Pulau Belitong, hari ini sudah mula berserabut kepala membeli tiket untuk ke India pula. Picit sana picit sini, tahu-tahu sudah berbelanja hampir RM 2,000.

Pengsan!

Syah mahu ke New Delhi, India bulan 11 ini. Atas urusan kerja. Hampir seminggu juga. Untung juga bukan seorang diri, Syah ke sana dengan beberapa orang kawan sepejabat. Kalau tidak, seminggu juga lah aku bercuti bermusafir untuk temankan kekasih jiwa. Mana mungkin dibiar buah hati kesayangan ke luar negara seorang diri!

Pening juga dengan proses belian tiket. Pening disebabkan harga, sebenarnya. Kalau ambil return tickets daripada MAS, harganya hampir RM 3,000. Pengsan tanpa dipinta-pinta. Cuba bertanya sana dan tanya sini, ada yang cadangkan untuk ambil interconnection flights ("bahasa kampung"nya, kapal terbang "lompat-lompat"). Maksudnya, ambil flight ke tempat lain dahulu sebelum terus ke destinasi utama. Itu lah terjemahan secara literal.


TIKET KL-CHENNAI-DELHI-KL


Cari, cari dan cari. Keputusan terbaik yang aku dapat, seperti di bawah.

DARIKEAIRLINESHARGA (RM)
Kuala LumpurChennai, IndiaAirAsia421.10
Chennai, IndiaNew Delhi, IndiaAir India*318.07
New Delhi, IndiaKuala LumpurMAS*1121.73
TOTAL1861.90

Aduhai!

Walaupun harganya sudah turun hampir separuh, tetapi masih juga tercungap-cungap. Maklumlah, kita bukan orang ada-ada. Lagi pun, ke India ini tidak ada dalam perancangan tahunan, jadi bajet memang bajet terdesak.

Difikir-fikir, disebabkan ini lah peluangnya dapat berdua-duaan dengan isteri tersayang merangkap berbulan madu, nekadkan sahaja. Bila diingat semula, memang kami belum pernah ber"honey moon" selepas berkahwin.

Eheh!

Urusan tiket sudah selesai. Langkah seterusnya ialah menyenaraikan tempat-tempat yang boleh dilawati di sana nanti. Program jalan-jalan untuk tempoh 3 hari 3 malam.

Taj Mahal, aku datang!

Tiket AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai
Tiket Air Asia dari Kuala Lumpur ke Chennai

Tiket Air India dari Chennai ke Delhi
Tiket Air India dari Chennai ke New Delhi



<< Sebelum
Namaste. Delhi, aku datang!
Seterusnya >>
Permohonan Visa ke India
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)







Friday, 20 July 2012

thumbnail

Projek Pulau Belitung 2013

Pulau Belitung, Indonesia
Pulau Belitung, Indonesia
Gua jatuh cinta dengan filem Laskar Pelangi. Tak tau lah dah berapa kali, gua tak bosan-bosan menonton filem dari Indonesia nih. Lepas tu datang pulak Sang Pemimpi. Aduh. Seronok. Dek kerana filem-filem tu, gua gigihkan diri pergi beli buku tetralogi Laskar Pelangi, karya Andrea Hirata.

Laskar Pelangi. Sang Pemimpi. Edensor. Maryamah Karpov.

Semua tu dah gua baca.

Dan bila membaca dan menonton filem, gua jadi betul-betul teringin nak ke Pulau Belitung tempat asal-usul buku/filem ni. Bertambah ghairah bila digoogle kan gambar-gambar di Pulau Belitong. Sangat awesome. Jenis tempat yang masuk dalam selera gua kalau nak melancong. Serta merta gua suarakan cadangan kepada kawan-kawan, tapi hanya dipandang sepi. Tak kurang jugak ada yang memandang serong. Gua kachewa.

Sampai lah minggu ni, tiba-tiba ada sahabat menyemarakkan balik berahi gua nak ke pulau bijih timah ni. Bincang punya bincang, hari ni sudah pun terbeli tiket kapal terbang untuk ke sana.

Insya-allah, May 2013 akan kujejakkan kaki mulus gua ke pulau ohsem ini!








About