Namaste, New Delhi!

July 23, 2012

Wahhhh!

Sakan juga program jalan-jalan aku tahun ini. Baru selesai urusan belian tiket untuk ke Pulau Belitong, hari ini sudah mula berserabut kepala membeli tiket untuk ke India pula. Picit sana picit sini, tahu-tahu sudah berbelanja hampir RM 2,000.

Pengsan!

Syah mahu ke New Delhi, India bulan 11 ini. Atas urusan kerja. Hampir seminggu juga. Untung juga bukan seorang diri, Syah ke sana dengan beberapa orang kawan sepejabat. Kalau tidak, seminggu juga lah aku bercuti bermusafir untuk temankan kekasih jiwa. Mana mungkin dibiar buah hati kesayangan ke luar negara seorang diri!

Pening juga dengan proses belian tiket. Pening disebabkan harga, sebenarnya. Kalau ambil return tickets daripada MAS, harganya hampir RM 3,000. Pengsan tanpa dipinta-pinta. Cuba bertanya sana dan tanya sini, ada yang cadangkan untuk ambil interconnection flights ("bahasa kampung"nya, kapal terbang "lompat-lompat"). Maksudnya, ambil flight ke tempat lain dahulu sebelum terus ke destinasi utama. Itu lah terjemahan secara literal.


TIKET KL-CHENNAI-DELHI-KL


Cari, cari dan cari. Keputusan terbaik yang aku dapat, seperti di bawah.

DARIKEAIRLINESHARGA (RM)
Kuala LumpurChennai, IndiaAirAsia421.10
Chennai, IndiaNew Delhi, IndiaAir India*318.07
New Delhi, IndiaKuala LumpurMAS*1121.73
TOTAL1861.90

Aduhai!

Walaupun harganya sudah turun hampir separuh, tetapi masih juga tercungap-cungap. Maklumlah, kita bukan orang ada-ada. Lagi pun, ke India ini tidak ada dalam perancangan tahunan, jadi bajet memang bajet terdesak.

Difikir-fikir, disebabkan ini lah peluangnya dapat berdua-duaan dengan isteri tersayang merangkap berbulan madu, nekadkan sahaja. Bila diingat semula, memang kami belum pernah ber"honey moon" selepas berkahwin.

Eheh!

Urusan tiket sudah selesai. Langkah seterusnya ialah menyenaraikan tempat-tempat yang boleh dilawati di sana nanti. Program jalan-jalan untuk tempoh 3 hari 3 malam.

Taj Mahal, aku datang!

Tiket AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai
Tiket Air Asia dari Kuala Lumpur ke Chennai

Tiket Air India dari Chennai ke Delhi
Tiket Air India dari Chennai ke New Delhi



<< Sebelum
Namaste. Delhi, aku datang!
Seterusnya >>
Permohonan Visa ke India
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)







You Might Also Like

0 comments

Press

press