Opet & Oyen

July 10, 2012

Dua makhluk berbulu tak berapa gebu nak dekat setahun dah menumpang kasih dengan keluarga gua. Setakat ni, masih menunjukkan ciri-ciri yang masih belum dikategorikan sebagai kucing derhaka. Cuma si Oyen makin hari makin menyombong. Tak suka benar dia kalau dipeluk-peluk. Kalau nak main ngan dia, tak boleh pegang-pegang.

Dasar perasan lawa!

Mata dah tak larat nak bukak dah tu

Lain pulak dengan si Opet. Manjanya bukan main. Panggil sekali dah terkedek-kedek datang mintak ditumpahkan kasih sayang. Dan dan tu jugak bunyik prrrrr... prrrrr.... Semenjak dah sehat nih, badan pun dah gebu semacam. Cuma masih kurang gebu dari Oyen si pelahap tu.

Santai di bawah bas

Apa pun, makhluk dua ekor ni memang penghibur kami sekeluarga. Anak-anak suka, mak bapak pun suka. Cuma masalahnya sekarang bulu-bulu kucing ni selalu sangat gugur. Jadi memang tak boleh la nak bawak tidur kat atas sofa, atas tilam.

Terima kasih kepada Julie Pek!

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang sangat cantik si opet dan si oyen. Sangat bertuah dan bershukur pada Tuhan sebab Oyen and Opet dapat kasih sayang dari keluarga Shahrul.. thank you so much.. I also very thankful to see them grow so well and beautiful. Thanks a million..:)

    ReplyDelete

Press

press