Tasik Syahdu & Adik Datang

July 10, 2012

Tadi, ada bungkusan sampai di opis. Ye! Buku yang gua order dari Wira Bukit dah sampai.

Buku karya Sasterawan Negara, A Samad Said. Tasik Syahdu (himpunan cerpen) dan Adik Datang.

Gua pernah baca buku karangan manusia hebat ni dulu, Salina. Entah buku siapa, gua tak ingat. Entah apa isi kandungan buku tu pun, gua tak ingat. Sebab gua baca buku tu masa zaman kesultanan Chulalongkorn, zaman gua hidup masih di bawah naungan mak bapak. Dah lama. Hobi gua masa tu, membaca. Membaca hanya untuk membaca. Gua tak nak pening-pening kepala nak analisa satu satu buku yang gua baca. Tapi gua enjoy masa tu.

Dan bila gua ternampak promosi jualan online untuk buku yang ditulis manusia sastera ni, gua teruja. Tak pikir banyak, gua terus order.

Sekarang dah sampai. Bila pulak nak mula baca? Adusss!

Adik Datang


P/S; beli online dapat otograf tuu.. heh!

You Might Also Like

0 comments

Press

press