Sungai Kalumpang / Sungai Inki @ Kerling, Selangor

September 07, 2012

Bulan April lalu, kami dan keluarga adik-beradik serta mak abah menjalankan aktiviti yang jarang-jarang kami buat selepas masing-masing sudah beranak pinak bercucu cicit.

Piknik secara berjemaah.

Alhamdulillah, rezeki kami agak melimpah ruah, jadi kami bersependapat dan bersetuju menjadi penaja aktiviti riadah sihat. Aku pun dah lama teringin mahu berkumpul ramai-ramai dengan keluarga besar, walhal rumah kami sebelah menyebelah. Eheheheeh!

Tempat tujuan utama kami sebenarnya Sungai Klah Hot Spring. Tapi sebelum ke sana, kami singgah dulu berkelah di Sungai Kalumpang. Mula-mula lajak ke Sungai Kalumpang Resort, tapi disebabkan rombongan kami yang ramai (4 buah kereta) dan bayaran per kepala nya yang agak menggerunkan (RM10 untuk dewasa), kami batalkan niat. Patah sikit ke bawah, tiba-tiba ada seorang pakcik menyuruh kami singgah ke "resort" dia.

Kami turun. Usha.

Sebelum sampai ke sungai, perlu lalu kawasan rumah dia. Ciri-ciri resort memang tidak ada, lebih kepada kawasan persendirian. Aku macam agak kecewa. Tapi bila sudah sampai ke kawasan sungai, rasa teruja sudah tidak dapat dibendung lagi, kawan. Perghhhh! Sangat ohsem. Warna sungai bukan coklat, jauh berbeza dengan Sungai Gombak. Hijau turquoise. Sangat cantik. Subhanallah!

Sungai Kalumpang

Air segar
Sungai Inki. Tak tau yang mana satu nama dia.

Air menurun ke bawah


Walaupun kemudahan asasnya agak compang camping, kami tutup sebelah mata. Tidak ada tandas. Tidak ada kedai makan. Ibarat berkelah di belakang rumah. Sebulat suara semua setuju untuk berkelah di situ. Seperti gambar di bawah, kami gunakan tikar sendiri sebagai alas.

Piknik
Tidak  ada tempat untuk berehat. Pandai-pandai lah cari tempat sendiri

Cucu-cucu
Sidang kemuncak cucu-cucu Haji Yusof & Hajjah Samsiar

Jernih
Jernih

Berendam kesejukan
Geng anak-anak

Dalam dan deras
Kawasan ni agak dalam dan air agak deras.

Puas. Dengan sejuknya, dengan segarnya.

Cuma resmi "orang tua", aku tak salin nama resort dan nombor telefon.

Menyebalkan!

You Might Also Like

0 comments

Press

press