Skip to main content

Permohonan Visa ke India

Bendera India
Bendera India
Lebih kurang dua minggu lagi, Insyaallah aku akan ke India. Sesekali tu, ada juga termengelamun sedang berkejaran-kejaran di balik tiang-tiang Taj Mahal dengan isteri comel kesayangan. Ada juga scene entah dari mana dan secara tiba-tiba, 246 orang penari latar yang lengkap dengan pakaian warna gemerlapan; oren, ungu dan hijau pucuk pisang menari mengiringi kami dengan penuh perasaan mengikut rentak.

Perghhh!!

Bayangkan yang indah-indah, yang lagho-lagho saja. Walhal, kalau mengiikut penceritaan kawan-kawan aku yang sudah pernah sampai ke sana, pengalaman mereka itu bisa bikin rasa resah dan gelisah.

Biarkan!

Bila lagi mahu beradventure? Kalau mahu semuanya senang, kahwin lah dengan anak raja. Raja kayangan.

Ehhh! Katanya tadi mahu bercerita proses memohon visa ke India?

Baik.

Mula.


Proses Memohon Visa ke India

  1. Isi lah borang permohonan secara atas talian di alamat web di sini (https://indianvisaonline.gov.in/visa/). Semuanya online. Walau sudah mengisi borang yang dicetak rapi, kesudahannya tetap tetap kena isi borang online.
  2. Isilah form itu dengan seskema-skemanya. Contohnya kalau di passport tertulis nama "Sharul Khan bin Yusof Khan", di ruang "name" letak lah "Sharul Khan". Tapi di ruang "surname", sila lah letak "bin Yusof Khan". Ya! Perlu letak "bin" itu, kawan!
  3. Selesai mengisi borang, cetaklah borang itu menggunakan printer. Gunakan kertas A4 yang kosong depan belakang, bukan kertas recycle yang lu guna untuk print resipi berbuka puasa ganti.
  4. Kemudian, sediakan yang berikut;
    1. Gambar visa bersaiz 2 inchi X 2 inchi, sebanyak 2 keping. Gambar mesti berlatarbelakangkan warna putih.
    2. Salinan fotostat muka depan (yang ada details) passport
    3. Passport yang masih ada tempoh hayat 6 bulan sebelum nak ke lokasi, dan sekurang-kurangnya ada dua (2) muka surat yang masih kosong.
    4. Duit sebanyak RM 162.
  5. Sekarang sudah lengkap. Sudah boleh ke kaunter yang berdekatan. Boleh semak di mana kaunter berhampiran di http://www.indiavisa.com.my/. Ada cawangan untuk Kuala Lumpur, Penang dan Johor.

Itu sahaja. Kemudian perlu tunggu keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja. Status permohonan boleh diperolehi secara atas talian di http://www.indiavisa.com.my/visa_status.php?page=0 (scroll ke bawah).

"Oh! Sebelum terlupa. Lu nak tau apa natijahnya kalau lu buat satu dan hanya satu kesilapan macam gua bagitau kat step 2 tuh? Ye, lu kena isi balik borang itu. Tapi, kalau lu dah sampai di kaunter, dan lu dah tak boleh tangguh lagi, lu sediakan aje lah RM 20 untuk mintak tolong staff kat kaunter tu isikan borang untuk lu. 
RM 20 = isi borang online + print 2 helai kertas. BERBALOI sangat!"

Semoga berjaya!


<< Sebelum
Namaste, New Delhi!
Seterusnya >>
Cinta antara benua
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)




Comments

Popular posts from this blog

Salahkah lagu raya itu berkumandang?

Hari ni dah masuk hari kelapanbelas umat Islam berpuasa. Ramadhan 1433H. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan bulan mulia ini sekali lagi. Berpuasa bersama isteri dan anak-anak, berbuka dengan ayahanda dan bonda sememangnya nikmat yang paling tak boleh nak dikira-kira.

Tahun depan? Wallahualam.

Dan biasalah kalau berpuasa di Malaysia ni. Bila nak berpuasa, yang paling didahulukan ialah hari raya. Satu bulan ke depan. Pemikiran umat nya memang ke hadapan, terus ke bulan Syawal. Ramadhan masih belum disentuh, tapi sudah bercadang-cadang raya ke berapa nak buat open house. Hmmmm! Yang menaip ni pun tidaklah mengamalkan sikap berkecuali. Serupa juga, cumanya masih lagi di peringkat berpada-pada. :(

Tapi bukan itu yang mahu dibincangkan kali ini. Isunya pasal lagu raya. Ye, lagu raya berbahasa Melayu yang selalunya merayu-merayu, leleh tahap sendu. Berhiba-hiba nak menyambut raya. Tapi ada jugak yang rancak. Cerita pasal kuih, cerita pasal bunga api, cerita pasal duit raya. Meman…

Jaring tingkap (bajet)

Masalah di tingkat atas rumah ialah panas. Nyamuk juga sudah berani-berani menceroboh masuk. Jadi, tingkap terpaksa ditutup. Itu yang menjadikan suasana panas, dan sesekali bau kepam menusuk hidung.

Mahu di pasang jaring tingkap, kosnya agak tinggi. Tetapi tetap juga mahu dipasang, kerana boleh mengatasi dua masalah utama; nyamuk dan panas.

Sudahnya dengan kreativiti ala-ala pria bijaksana, MacGyver, penyelesaian kos murah ditemui.

Pertamanya, pergilah ke kedai perkakasan yang berhampiran. Carilah jaring yang halus lubangnya. Dua meter sudah cukup untuk tingkap 3 panel.


Kemudian dapatkan kabel pengikat.



Itu sahaja modalnya.

Kemudian, pasangkan ke tingkap mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri. Pastikan jaring yang dipasang tidak menghalang untuk membuka-tutup cermin tingkap. Jika tidak, kelak kau kan diketawakan sang kelembai, dik.


Sekarang, lakukanlah perkara yang sudah menjadi tradisi turun temurun. Gantungkanlah langsir yang berwarna-warni lagi beropol-ropol.


Siap.

Nyamuk tiada…

Celcom First Gold + AnyDayGB

Saya pelanggan Celcom. Rasanya sudah lama, lebih 10 tahun. Banyak pahit manis dalam perhubungan kami, terutamanya 1-2 tahun yang lepas.

Namun sampai hari ini, kami masih baik-baik sahaja.


Celcom First Gold Saya pengguna internet yang agak tegar. Bukan untuk sosial media semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Bidang kerja saya juga banyak memerlukan akses ke internet. Jadi, Celcom First Gold yang ditawarkan Celcom sesuai dengan keperluan saya.

Dan hari ini, Celcom memberi bonus lagi. Data bertambah dari 5 + 5 kepada 10 + 10 sebulan. Tanpa tambahan bayaran bulanan. Masih tetap RM80, sebelum GST.

10GB data untuk hari biasa (Isnin - Jumaat).

10GB data lagi untuk hujung minggu (2.5GB untuk setiap Sabtu dan Ahad)




AnyDayGB Celcom juga memberi pilihan format 10 + 10 itu boleh dijadikan terus 20GB, yakni total data sebanyak 20GB boleh digunakan bila-bila masa sepanjang bulan. Tidak ada pecahan kuota weekday dan weekend. Hanya perlu menambah RM10, menjadikan total bulanan hanya RM90 (sebelum G…

Muzium Padi, Alor Setar

Ada satu ketika, kecoh orang memperkatakan perihal usaha menanam padi di atas bumbung. Di muzium inilah, kalau tidak salah. Memang huru-hara, kebanyakkannya bersetuju usaha itu hanya sia-sia. Tidak, bukan tidak ada logik kaedah itu. Ianya memang boleh dilakukan. Tetapi yang dibantah, usaha itu membazir dan tiada keperluan.

Tanah di Malaysia ini masih luas untuk bercucuk tanam.

Itu antara perkara yang saya ingat akan muzium yang khusus untuk padi ini. Selain itu, saya hanya memandang dari jauh setiap kali kami memandu melalui kawasan berhampiran. Dari Alor Janggos ke Kepala Batas, kami pasti melalui muzium yang bersebelahan dengan Gunung Keriang yang tegap berdiri.


Singgah Masa yang banyak berbaki ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Disember lalu, kami buat keputusan mengejut. Mahu melawat Muzium Padi. Mujur tidak jauh dari Alor Setar dan mudah dicari. Gunakan sahaja aplikasi Waze ataupun Google Map.


Harga Tiket dan Waktu Operasi Muzium Padi Saya sebenarnya ingat-ingat lupa. Kal…

Tanda henti dalam Al Quran

Semoga perkongsian ini bermenfaat