Thursday, 29 November 2012

thumbnail

Cameron Highland 2.0 : Day 1

Biasa lah.

Cerita yang sudah bertahun berzaman, baru mahu diblogkan. Kisah rombongan ke Cameron Highland ini berlaku kira-kira lebih kurang 60 hari nan lalu. Kisah ke Cameron Highland kali yang pertama? Sudah hampir setahun berlalu. Eheh!

Ini kali kedua kami ke tempat sejuk di banjaran Titiwangsa ini. Itu yang letak "2.0". Tempat yang di mana penjualan kipas siling agak suam-suam kuku, apatah lagi kalau mahu menjual penyaman udara. Kami ke sana awal bulan Oktober, cuaca masa itu kalau ikutkan di Malaysia ini sudah mula masuk musim sejuk aka hujan. Dua hari di sana, ada lah juga hujan.

Aku kongsikan cerita tempat-tempat yang dilawat semasa di sana.


Aiza Chalet @ Taman Sedia, Tanah Rata

Ini tempat penginapan kami sekeluarga. Lupa pulak nak ambik gambar chalet ni. Mungkin sebab gua ada sedikit rasa kecewa dengan apa yang gua jangka dengan apa yang realiti. Tu yang malas nak ambik gambar tu kot. Lu jangan fitnah gua pulak. Gua tak kata chalet ni teruk. Hihihihi! Okay je. Boleh sangat lah kalau nak ulang balik. Tapi tu la, apa yang kita harap tak sama macam realiti. Sikit banyak ada lah rasa terkilan. Gua ambik rumah 3 bilik. Rumah kampung yang dihomestaykan. Untuk harga RM 350 satu malam, dan dalam masa bukan kemuncak, gua rasa harga tu agak pricey. Sebab gua tau kat tempat lain boleh dapat harga dalam lingkungan RM150 - RM200, misalnya untuk apartment 3 bilik.

Masa nak check-in pun, ada isu jugak. Sehari sebelum sampai, gua ada call nak tanya boleh masuk awal atau tak. Orang hubungan gua tu kata, takde masalah. Jadi, jam 12 tengah hari gua dah sampai, awal 2 jam dari waktu check-in. Tapi sebelum gua sampai, orang hubungan tu call gua, katanya dia tak ada. Balik kampung. Nanti ada orang lain akan call. Gua masa tu dah rasa tak sedap. Bila gua call orang hubungan lain tuh, katanya orang lain pulak yang pegang kunci. Kena tunggu setengah jam. Gua tunggu. Dah sudah makan, gua pegi pulak solat Zohor. Tunggu punya tunggu, dah jam 2 petang. Baru lah orang pegang kunci sampai. Gua kecewa. Gua dah membazir 2 jam yang sebenarnya gua dah allocate untuk jalan-jalan. Nak bagi best cerita, gua pegi Cameron kali ni bukan takat dengan keluarga gua je. Gua bawak keluarga member gua sekali, yang first time nak ke Cameron. Jadi, gua harap lu fahamlah kekecewaan gua.

Gua ada jumpa kat satu blog ni, lu boleh tengok lah camana rupa Aiza Chalet tu. Gua duduk kat rumah yang kaler kuning. Klik sini.

Kedudukan chalet ni agak menarik, jauh dari kawasan sesak. Kawasan sekeliling ada jugak orang usahakan tanaman strawberry. Rumah sekeliling pun kebanyakkannya dah dihomestaykan jugak. Belakang rumah ada diusahakan tanaman lobak putih. Syiok lah bergambar. Bawah ni gambar-gambar kat belakang chalet tuh.

Kakak Hanim
Kakak Hanim
Abang Haris
Abang Haris
Adik Hanis dengan hero-hero member gua
Adik Hanis dengan hero-hero member gua


Big Red Strawberry Farm

Disebabkan masing-masing dah kelaparan, kami terus keluar cari makan. Tak sempat pun nak punggah beg bawak masuk dalam rumah. Sebab nak kejar masa. Tempat tujuan kami, Big Red Strawberry Farm. Masa gua ke CH tahun lepas, tempat ni jugak lah kami tuju. Ada tempat makan-makan. Ada tempat jual bunga-bunga. Dan juga tempat tanam strawberry.


Abang
Abang
Kakak
Kakak
Adik
Adik
Aksi-aksi memetik buah (gambar dari Cameron Highland 1.0)

Gua dah tak teringin dah nak petik strawberry, sebab dah merasa dah sebelum ni. Lu nampak anak bongsu gua pegang bakul tu? Haaa.. lu kena isi minimum kat line yang bawah tu. Tak boleh kurang. Lepas tu kena timbang. Jadi, jangan lah sesedap rasa nak isi sampai penuh bakul. Pengsan nak bayar nanti. Member gua pun macam tak nak petik-petik strawberry ni. Jadi kami teruskan dengan acara makan-makan. Menu yang ada agak keorangputihan sikit lah. Kalau lu nak order mee kari ke, kueyteow kerang basah tak mau kicap ke, toksah la nak mengada-ngada sangat. Eh! Maggie rasanya ada. Ehehehe! Kebanyakan makanan berasaskan strawberry, roti dan aiskrim. Dan gua anak-beranak dengan penuh rasa kelaparan, telah membedal makanan-makanan yang penuh dengan lemak dan kalori. :)

Sundae Strawberry
Sundae
Strawberry Waffle
Waffle
Sangat sedap!

Kemudian, program diteruskan dengan shopping pokok dan bergambar. :)

Kakak makan salad
Post makan daun salad
Salad Keriting
Adik pun nak jugak
Strawberry comel
Anak-anak strawberry
Berkaktus
Bergambar dengan pokok kaktus
Kakak dan Adik
Tengok dinding ni nampak macam menarik, terus suruh adik kakak pose.
Couple
Nak jugak gambar kekapel
Dengan sahabat zaman U
Dengan sahabat zaman U


Pasar Malam Brinchang

Dah habis ronda-ronda, kami terus ke pasar malam. Dulu pergi tak shopping sangat. Kali ni banyak jugak yang kami angkut, terutamanya jagung. Kalau lu ke sana, jangan lupa rasa lah jagung rebus dia. Perghhh!!! Jagung mutiara namanya. Gebu-gebu. Mula-mula beli, gua nyumpah-hyumpah jugak la. Setongkol RM3.50 tu. Tapi bila dah start makan, Masya-Allah. Sedapnya la hai. Terus repeat. Tu yang kali ni beli jugak. Cumanya lu kena hati-hati. Sebab ada dua jenis jagung mutiara ni. Satu asli dari Cameron. Satu lagi dari Ipoh dorang angkut ke CH. Yang ori dari CH ni dia gebu-gebu, boleh makan terus walaupun tak rebus/kukus/bakar lagi. Bulu jagung tu lebih halus, biji dia lebih shining. Kalau tak pasti, boleh tanya kat brader brader yang jual jagung rebus tu.

Camni la rupa jagung mutiara rebus tu.

Jagung Mutiara
Jagung Mutiara

Ngam-ngam waktu Maghrib, kami pun masuk chalet.

Bersambung ke Cameron Highland 2.0 : Day 2

Tuesday, 20 November 2012

thumbnail

Putrajaya Floria 2012

Heh!

Gua tau, ini cerita zaman kesultanan melayu chulalongkorn. Sudah boleh dikategorikan sebagai antik. Oleh itu, gua tak akan ceritakan secara panjang lebar. Gua akan tempek-tempek kan gambar-gambar yang gua dan anak-anak gua ambik masa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga ini.

Jurufoto Junior


Kami datang dah penghujung minggu pameran, jadi banyak bunga yang dah layu. Keseluruhannya, biasa-biasa je. Takde lah ohsem sangat. :) Cuma yang gua teruja, tengok pokok bonsai yang kiut miut. Geram la plak. Balik rumah cuba terus tu kat pokok yang ada kat laman. Eheehehe!


Tahun depan nak pegi lagi? Hmmmm... Ntah lah. Website dorang pun tak update sampai sekarang, walhal event ni dah berapa bulan habis. Cer tengok, http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html.

:)

Tuesday, 6 November 2012

thumbnail

Bukit Melawati, Kuala Selangor

Bulan September lepas, aku ke Kuala Selangor. Hajat utama, mahu "memanaskan" kamera yang sudah lama terperap. Memang sudah lama memendam hasrat hendak ke Kuala Selangor, berfotografi gambar sawah padi. Almaklum lah, aku kan orang kota. Mana pernah tengok sawah-sawah yang biasanya ada di kawasan kampung-kampung ni.

Kota lah sangat! Harap dimaafkanlah kepoyoan diriku ini.

Memandangkan ada maklumat yang mengatakan sawah padi di Kuala Selangor mula menghijau, maka perancangan yang jitu dibuat untuk melampiaskan nafsu serakah kamera masing-masing. Maka bersama dua sahabat sejenis, kami pun bergerak dengan gagah perkasa menuju ke pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini.

Tetapi, apa kan daya. Semangat benar mahu ke sawah padi, tersampai awal lah pula. Pantang larang yang dicipta sendiri, ambik gambar waktu panas terik amatlah tidak baik untuk kesihatan kamera. Maka, perancangan kontijensi menyatakan arah tujuan sampingan ialah Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Bukit Melawati, Kuala Selangor
Bukit Melawati, Kuala Selangor

Rombongan sekolah kah?

Acara dimulakan dengan memarkir kereta di kawasan yang disediakan. Percuma. Bagus sekali. Cuma, dari kawasan parking mahu ke puncak bukit, sangat tidak obesiti-friendly. Keputusan bersama dicapai, kami naik tramp/keretapi. Untuk dewasa, RM5. Kanak-kanak, RM3.

Trem Bukit Melawati
Trem/Tram 
Menunggu
Menunggu
Mendaki
Mendaki
Panjang
Panjang


Nasib kami memang baik. Orang tak ramai, atau yang sebenarnya memang hanya kami yang bersemangat mahu ke tempat tinggalan sejarah ni. Perjalanan dari bawah bukit menuju ke puncak, tidaklah lama. Dalam 10 minit, kurang lebih, kami sudah sampai. Banyak juga yang berubah, berbanding dengan kali terakhir aku ke sini.

Yang pertamanya, Rumah Api. Rumah Api ni ada sejarahnya sendiri. Perlu membaca sedikit. Rumah api inilah yang menjadi mercu tanda Bukit Melawati.

Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor
Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor


Mentangau

Di sekeliling kawasan bukit ini, banyak pokok-pokok tinggi yang memang cantik dipandang. Sekali pandang, seperti pokok bonsai, versi gergasi. Berhampiran dengan pokok bonsai dan rumah api tu, ada muzium yang berkaitan dengan Kuala Selangor. Jadi, dengan penuh rasa semangat ingin menuntut ilmu, kami masuk ke dalam muzium tersebut.

Di dalam muzium, baru kami tahu nama pokok bonsai besar itu namanya "Mentangau". Dipercayai, antara kisah asal-usul nama "Selangor" pun berasal dari pokok ni. Hmmm! Sehingga hari ini, masih gagal menghubungkaitkan "Mentangau" dan "Selangor". Celah mana boleh jadi macam itu?

Mentangau
Pokok Mentangau

Bukit Melawati ini, secara literalnya, tidak lah begitu "mesra" kanak-kanak. Maksudnya, yang berumur bawah 11 tahun. Secara amnya lah. Sebab, tidak ada apa-apa yang boleh menarik perhatian golongan cilik ini. Tapi, tidak menjadi halangan kalau mahu juga dibawa. Mereka boleh bergembira naik trem, dan juga bergaul mesra dengan penyambut-penyambut tetamu yang tak diundang.

Monyet!

Atau beruk? Atau lotong? Aku pun tak pasti. Jenis spesis mak bapak berbulu  hitam, anak warna oren. Imajinasi liar aku mengatakan monyet-monyet ini berkahwin campur dengan orang utan.

Agaknya lah. Tengok lah gambar-gambar ini. Saya mohon pencerahan.




Monyet kiut
"Saya monyet yang kiut"


Oh! Sila lah berhati-hati. Dalam kecomelan mereka itu, terang-terangan mereka juga perampas apa jua makanan yang ada di tangan mu!

Dasar perangai monyet!


*************
tambahan 4 Mac 2014




About