Bukit Melawati, Kuala Selangor

November 06, 2012

Bulan September lepas, aku ke Kuala Selangor. Hajat utama, mahu "memanaskan" kamera yang sudah lama terperap. Memang sudah lama memendam hasrat hendak ke Kuala Selangor, berfotografi gambar sawah padi. Almaklum lah, aku kan orang kota. Mana pernah tengok sawah-sawah yang biasanya ada di kawasan kampung-kampung ni.

Kota lah sangat! Harap dimaafkanlah kepoyoan diriku ini.

Memandangkan ada maklumat yang mengatakan sawah padi di Kuala Selangor mula menghijau, maka perancangan yang jitu dibuat untuk melampiaskan nafsu serakah kamera masing-masing. Maka bersama dua sahabat sejenis, kami pun bergerak dengan gagah perkasa menuju ke pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini.

Tetapi, apa kan daya. Semangat benar mahu ke sawah padi, tersampai awal lah pula. Pantang larang yang dicipta sendiri, ambik gambar waktu panas terik amatlah tidak baik untuk kesihatan kamera. Maka, perancangan kontijensi menyatakan arah tujuan sampingan ialah Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Bukit Melawati, Kuala Selangor
Bukit Melawati, Kuala Selangor

Rombongan sekolah kah?

Acara dimulakan dengan memarkir kereta di kawasan yang disediakan. Percuma. Bagus sekali. Cuma, dari kawasan parking mahu ke puncak bukit, sangat tidak obesiti-friendly. Keputusan bersama dicapai, kami naik tramp/keretapi. Untuk dewasa, RM5. Kanak-kanak, RM3.

Trem Bukit Melawati
Trem/Tram 
Menunggu
Menunggu
Mendaki
Mendaki
Panjang
Panjang


Nasib kami memang baik. Orang tak ramai, atau yang sebenarnya memang hanya kami yang bersemangat mahu ke tempat tinggalan sejarah ni. Perjalanan dari bawah bukit menuju ke puncak, tidaklah lama. Dalam 10 minit, kurang lebih, kami sudah sampai. Banyak juga yang berubah, berbanding dengan kali terakhir aku ke sini.

Yang pertamanya, Rumah Api. Rumah Api ni ada sejarahnya sendiri. Perlu membaca sedikit. Rumah api inilah yang menjadi mercu tanda Bukit Melawati.

Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor
Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor


Mentangau

Di sekeliling kawasan bukit ini, banyak pokok-pokok tinggi yang memang cantik dipandang. Sekali pandang, seperti pokok bonsai, versi gergasi. Berhampiran dengan pokok bonsai dan rumah api tu, ada muzium yang berkaitan dengan Kuala Selangor. Jadi, dengan penuh rasa semangat ingin menuntut ilmu, kami masuk ke dalam muzium tersebut.

Di dalam muzium, baru kami tahu nama pokok bonsai besar itu namanya "Mentangau". Dipercayai, antara kisah asal-usul nama "Selangor" pun berasal dari pokok ni. Hmmm! Sehingga hari ini, masih gagal menghubungkaitkan "Mentangau" dan "Selangor". Celah mana boleh jadi macam itu?

Mentangau
Pokok Mentangau

Bukit Melawati ini, secara literalnya, tidak lah begitu "mesra" kanak-kanak. Maksudnya, yang berumur bawah 11 tahun. Secara amnya lah. Sebab, tidak ada apa-apa yang boleh menarik perhatian golongan cilik ini. Tapi, tidak menjadi halangan kalau mahu juga dibawa. Mereka boleh bergembira naik trem, dan juga bergaul mesra dengan penyambut-penyambut tetamu yang tak diundang.

Monyet!

Atau beruk? Atau lotong? Aku pun tak pasti. Jenis spesis mak bapak berbulu  hitam, anak warna oren. Imajinasi liar aku mengatakan monyet-monyet ini berkahwin campur dengan orang utan.

Agaknya lah. Tengok lah gambar-gambar ini. Saya mohon pencerahan.




Monyet kiut
"Saya monyet yang kiut"


Oh! Sila lah berhati-hati. Dalam kecomelan mereka itu, terang-terangan mereka juga perampas apa jua makanan yang ada di tangan mu!

Dasar perangai monyet!


*************
tambahan 4 Mac 2014




You Might Also Like

0 comments

Press

press