Perbaiki solatmu!

December 17, 2012

Semalam ada menonton video. Perihal solat. Perihal solat yang sekarang ni sudah menjadi kebiasaan, bukan lagi sebagai tuntutan sewajarnya.

Masya-allah. Memang banyak yang terkena pada diri sendiri. :(

Antara rumusan yang diperolehi;

  1. Bilakah kali terakhir anda membaca surah al-Ikhlas/al-asr/al-kautsar (selepas Al Fatihah) dalam solat
  2. Bilakah kali terakhir anda membaca surah yang sama sebelum solat dari soalan 1?
  3. Sekiranya surah-surah di atas di baca sekurang-kurangnya 5 kali sehari, 35 kali seminggu, dapatkah anda berikan makna/terjemahan surah itu pada saat ini juga?  
Ini antara persoalan dalam video ditonton. Tak jumpa pulak dah link. Tapi memang "wake up" call sebab solat dah sampai jadi tahap routine/kebiasaan. Membaca surah yang sama setiap kali solat antara faktor solat itu menjadi perkara yang biasa. Terutamanya surah yang pendek, kerana beralasan mengejar masa. Sebaliknya, kalau surah-surah lain dibaca (sudah tentu dengan memahami maksudnya) sedikit banyak akan menambah khusyuk kita dalam solat.

Wallahualam. Banyak yang perlu diperbaiki lagi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press