Monday, 30 December 2013

thumbnail

Laksa Kaw

Kalau ke Langkawi, cuba-cubalah singgah ke Padang Mat Sirat. Boleh pekena laksa yang memang kaw. 

Super kaw.

Warung biasa sahaja. Betul-betul bertentangan dengan sekolah Padang Mat Sirat. Boleh nampak signboard hijau tu kat tepi jalan.

Harga semangkuk laksa kalau tak silap RM4. Atau mungkin RM3.50. Sebab jumlah keseluruhan laksa dan ABC, RM6.

Berbaloi.


Monday, 16 December 2013

thumbnail

Pantai Kok, Langkawi

Semalam lepas sakan berendam anak beranak di Pantai Pasir Tengkorak, sempat singgah di Pantai Kok.

Mahu melihat-lihat.

Sempat juga bergambar.

Menarik juga.






Hanya mampu memerhati sahaja kapal-kapal mewah yang berlabuh di sini. Entah bila ada peluang untuk menaikinya, Wallahualam. Apatah lagi mahu memiliki satu!

Ada daya, ada usaha, ada izin-Nya, boleh sahaja!

Sunday, 15 December 2013

thumbnail

Mandi laut di Pantai Pasir Tengkorak

Balik kampung dan mandi laut, itu adalah pakej tetap.

Walaupun sekali, mesti juga berendam dengan air laut yang membiru menghijau. Sama ada Pantai Chenang atau Pantai Pasir Tengkorak atau dua-dua sekali.

Pagi ini, kami pilih Pantai Pasir Tengkorak.

Ohsem!

Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi
Biru

Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi
Tenang

Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi
Luas

Thursday, 5 December 2013

thumbnail

LRT Putra

Hari ini sudah masuk hari yang keempat. Hari keempat bersesak berebut menggunakan perkhidmatan awam yang satu ini.

LRT Putra.

Kedudukan pejabat baru berhampiran KL Sentral menjadikan pengangkutan ini pilihan yang baik. Pakej bayaran bulanan sebanyak RM100 untuk 30 hari juga berbaloi, untuk digunakan bila-bila masa dan ke mana sahaja menggunakan 3 pengangkutan yang berbeza; LRT Putra, LRT Star dan juga monorel.

Boleh juga berjimat. Perjalanan Insyaallah kurang risiko berbanding dengan membonceng motor.

Cuma kena kuat untuk menahan lelah!

Friday, 4 October 2013

thumbnail

Belitong : Sirna di Bukit Berahu

Sudah puas meredah ombak dan menghempas badan ke pantai, kami kembali menjejak tanah Belitong. Destinasi seterusnya ke Bukit Berahu.

Kami melambai rindu hiba kepada pulau-pulau indah yang semakin sayup.

Dalam Avanza, kami terhangguk-hangguk melayan kuyu mata. Sedar-sedar, kami tiba di puncak bukit.

Bukit Berahu. Ada restoran untuk kami makan malam.

Hari sudah semakin gelap. Perlu segera menyegarkan badan. Kami bergilir-gilir membersihkan diri di tandas yang luas. Seorang-seorang. Tidak sama sekali mandi bersama-sama. Mahu dipanah petir? Ahahah!

Masih ada waktu sebelum makan malam siap. Kami kemudian turun ke bawah bukit, menghampiri pantai.

Subhanallah.

Indah bumi Allah, siapa yang boleh tandingi?

Lensa kami terus memetik momen indah di Bukit Berahu.


Remaja

Dengan adik

Labuh

Jauh

Senja

Tuesday, 17 September 2013

thumbnail

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Dalam perjalanan balik dari Parit Buntar Ahad lepas, kami singgah ke Kuala Sepetang, Perak. Mahu merasa mee udang yang sangat terkenal. Entah. Betul atau tak bab terkenal tu, aku main sebut je. Sebab, bukan sekali dua orang bercerita tentang kedai Mak Jah ni. Yang berkongsi di FB pun bukan sikit.

Untuk ke sini tak susah. Dari PLUS Highway, keluar di Exit Taiping (U). Ambil simpang ke kanan, dalam beberapa kilometer ada simpang empat, ambil ke kanan lagi. Landmark yang ada di simpang empat tu, ada KFC. Terus menghala ke Kuala Sepetang, rasanya dalam 10 km jugak sebelum sampai ke kedai Mak Jah. Kedai Mak Jah sebelah kiri jalan.

Mak Jah. Namanya pun. Heheheh!

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
Bahagian depan kedai
Kedainya biasa sahaja. Tak besar mana. Tapi bila kami sampai, kereta dah berderet di tempat parking. Tepi jalan pun. Tempat duduk pun hampir penuh. Memang famous lah kot? Kami menyelit lah juga. Terus order yang special, alang-alang dah sampai kan.

Menu pilihan
Mee Udang Special (3), Kue Teow Udang (1), Fresh Orange Jug (1) = RM 59
Sementara nak tunggu pesanan sampai, kami order lah pembuka selera. Ahahaha! Pembuka selera konon. Beli sotong goreng tepung sepinggan, cucur udang sepinggan, ABC 2 mangkuk. Kena pulak RM14.


Cucur Udang
Cucur Udang
Sedap jugak cucur udang. Garing & panas. Berebut jugak lah makan. Anak-anak kerjakan sotong goreng tepung. Tapi yang ni biasa sahaja. I've had better. Heheeheh!

Mee Udang Special
Mee Udang Special.
Main dish dah sampai. Baca doa. Makan.

Hmmmmm! Rasa dia, bagi aku biasa-biasa je. Tengah-tengah. Baru 2-3 suap, aku dah decide cukup lah sekali ni je datang ke sini. Melainkan orang bawak, itu lain cerita lah. Satu mangkuk tu entah berapa ekor udang yang ada. Seekor udang galah, yang lain udang biasa. Udangnya entahla, macam tak berapa masak. Jadi tak berapa nak lalu. Mungkin cara masak dia begitu, Wallahualam. Aku risau juga makan udang banyak-banyak ni, maklum lah. Penangan gout masih terngiang-ngiang. Ehehe! Sudahnya makan setakat yang berpatutan sahaja.

Udang
Yang terkorban
Udang
Yang berbaki

Untuk keseluruhan RM73, untuk dimakan seramai 3 dewasa dan 3 kanak-kanak, aku rasa agak pricey. Pricey disebabkan tahap kepuasan makan yang biasa-biasa. Nanti ada yang kata, nak sedap masak sendiri lah. Ahahahah! Apa-apa saja lah. Pandangan peribadi, pengalaman peribadi. Bagi orang lain, mungkin berbeza. Kawan-kawan aku pun bukan tak ada yang kata makanan dia sedap. Ikut selera masing-masing lah kan.

Aku bagi 3.5 dari 5. Boleh?

Hehehehe!

*****

Kemaskini 10 Feb 2014

Peta untuk ke Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang







Thursday, 29 August 2013

thumbnail

Belitong : Pulau Burung & Pulau Babi

Puas di Lengkuas, kami terus meredah ombak ke pulau lain.

Ke Pulau Burung.

Kalau dilihat dari sisi depan, kelihatan seperti kepala burung

Di atas bot kami sudah mula mencari ruang untuk melepas lelah. Bila tiba di Pulau Burung, kami tak bergerak jauh. Hanya bermain air di sekitar bot. Mungkin masing-masing sudah keletihan, tiada seorang pun yang mahu mengusul cadangan untuk meronda. Sudahnya, kami bercanda di tepian pantai, sambil menghirup air kelapa muda segar.

Siap berposing maut di gigi air. Sayang tak bergambar. Ahahah!


Model Kelapa
Kanak-kanak
Group photo

Seronok main air. Mengalahkan budak-budak.

Satu lagi di sini banyak sekali tapak sulaiman aka bintang laut. Cuma saiznya lebih kecil berbanding dengan yang kami jumpa di Pulau Pasir. Mula-mula geli jugak nak pegang, tapi disebabkan nak bergambar, berani kan juga lah.

Berani-berani geli
Parti Berjasa
Lagak ngeri


Puas main air, kami bergerak mahu ke Pulau Babi. Sama seperti kisah penamaan tempat di bumi Melayu, nama tempat diberi berdasarkan apa yang dilihat pada sesuatu masa itu. Itu juga asal-usul nama Pulau Babi ini. :)

Sayangnya bot kami tak dapat menghampiri pulau. Air surut, jadi enjin bot mungkin akan menjejaskan terumbu karang di sekitar pulau. Cantik juga walaupun hanya dari bot. Air jernih membolehkan kami melihat terus ke dasar laut. Terumbu karangnya gede-gede.

Terumbu karang di Pulau Babi

Kami pulang dengan hati yang puas. Kenangan yang takkan dilupankan. Pemandangan dari atas bot pun sudah cukup membuat hati terpaut dengan bumi Belitong.

Pohon nyiur melambai
Welcome to Belitong

Ah! Tiba-tiba ada rasa rindu. :(

Wednesday, 28 August 2013

thumbnail

Belitong : Pulau Lengkuas

Pulau Lengkuas

Subhanallah. Masyaallah. Allahuakhbar.

Kejadian ciptaan Allah tiada siapa yang dapat menjangkakan. Hebatnya kuasa Ilahi sentiasa mengingatkan betapa kerdilnya kita manusia yang hina. Nilai manusia itu kerdil, namun kita masih tetap mahu menyombongkan diri.

Maafkan aku, Ya Allah.

Menjejakkan kaki ke pulau ini sungguh menggamit rasa. Rasa ingin bercinta. Cinta pada Puan Milah sentiasa memekar. Cinta pada anak-anak tak pernah padam.

Tapi ini cinta yang lain.

Cinta kepada kekuasaan yang Maha Kaya. Hebat kuasaNya, memberi sedikit rasa indah untuk dinikmati manusia-manusia pelahap duniawi.

Nyiur melambai
Berlabuh
Mendung

Lama kami di Pulau Lengkuas. Hampir 3 jam. Mungkin lebih. Cuaca pada mulanya sangat cantik, tapi kemudian beransur gelap dan hujan turut menyusul. Itu bukan halangan bagi misi empat sekawan ini mahu memotret keindahan alam.

Kami sempat mendaki tangga setinggi18 tingkat, ke puncak menara api.

Sayang.

Orang gayat macam aku, banyak peluang tersia-sia. Mengintai ke luar pintu dari puncak atas, sudah cukup kuat untuk membuatkan kaki aku seperti agar-agar. Toinnnnn... bergoyang-goyang. Seram sejuk. Tapi pemandangan yang sangat menarik, aku paksakan juga membidik lensa kamera ke luar tingkap.

Pemandangan dari salah satu tingkap

Kombinasi lautan dan tempat tinggi, sememangnya membuatkan aku sentiasa berdebar. Nasib baik ada rakan-rakan yang hebat, sedikit demi sedikit debar itu menyusut hilang.

Dan, siapa sangka? Siapa duga?

Si penggayat, si penakut tempat dalam dan tinggi ini, bersnorkeling disaksikan ikan-ikan comel di lautan Belitung.

Hahahahaha!

Bersama laskar pelangi celup dan Ipung
Gembira di lautan biru
Sungguh bergaya

Saturday, 10 August 2013

Friday, 7 June 2013

thumbnail

Memetik bintang di Pulau Pasir, Belitong

Subhanallah.

Cantiknya tak terperi. Sihir dunia. Sihir semulajadi.

Masya-allah.

Tak terkata bila kaki menjejak ke pulau yang hanya sebesar rumah rakyat marhaen di bumi Gombak. Pasir semata-mata. Sekelilingnya laut yang membiru. Atau menghijau. Entah. Sudah jadi rabun warna. Kelabu mata. Ada pula ropol-ropol awan di sekeliling. Gebu-gebu dan montok-montok. Mahu dipeluk saja apa yang dilihat itu. Tapi dengan apa yang mahu ku peluk?

Takkan nak peluk Fauzi? Rizal? Suhaimi?

Iskk.. tak manis sungguh dipandang orang.

Eheheheh!

Tapi yang benar. Takjub betul dengan keindahan Pulau Pasir. Pasir, laut, awan bersatu mencipta ruang pandangan yang sangat indah.

Kali pertama juga melihat sendiri Tapak Sulaiman. Yang masih hidup. Yang masih bernyawa. Dan saiznya gede sekali. Oh! Kalau di Belitong, namanya Bintang Laut.

Antara gambar yang diambil.

Pulau Pasir, Belitong
Hijau? Biru?
Pulau Pasir, Belitong
Bot
Pulau Pasir, Belitong
Pasir putih & air jernih
Pulau Pasir, Belitong
Awan ropol-ropol
Pulau Pasir, Belitong
Mendongak awan
Pulau Pasir, Belitong
Pulau Pasir
Pulau Pasir, Belitong
Bintang. Bintang Laut.

Dan,sudah tentu ada sedikit picisan rasa romantis.
Pulau Pasir, Belitong
Untuk Cik Milah saya. 

Kesuluruhan gambar di sini.








**********************
Entri utama; Kembara Laskar Pelangi
Sebelumnya; Island Hopping
Seterusnya; Kerdil di Pulau Lengkuas

About

Saya juga menulis untuk beberapa blog yang lain dan semuanya dihimpunkan dalam blog utama di http://www.sharulnizam.com