Mengharap. Berharap. Harapan.

January 10, 2013

Semuanya membawa kepada satu maksud.

Mahu.

Mahu, Kau nakkan sesuatu perkara itu terjadi. Dan selalunya kemahuan itu bersifat memberi keuntungan kepada si pemahu.


  • Kau mahukan negara ni diperintah mengikut Al-Quran dan Sunah. Untungnya, kau akan hidup dikelilingi suasana yang benar.
  • Kau mahukan kereta jenama luar negara. Untungnya, kau tak perlu pening kepala memikirkan kos selenggara yang bukan-bukan.
  • Kau mahukan bini yang cantik luar dan dalam. Untungnya, kau sendiri akan terbentuk menjadi suami yang adil dan saksama
  • Kau mahukan anak-anak yang bijak dan berdikari, soleh dan solehah. Untungnya, "pelaburan" kau untuk hari akhirat sudah dipersiapkan


Banyak lagi yang kau mahu. Mahu itu mahu ini. Nafsu manusia tak pernah berhenti meminta. Lain manusia, lain mahunya. Kalau sekalipun sama, keuntungan yang dicari mungkin tidak sama.

Ya. Itu lah sifat manusia.

Aku sendiri selau mengharap itu ini. Yang boleh diusahakan sendiri, boleh lah diusahakan. Tapi kalau mengharap atau meletakkan harapan pada orang lain, aku tak punya kuasa untuk pastikan harapan tu terlaksana. Kau juga. Harapan macam ini lah selalunya mengecewakan. Harapan macam ini lah selalunya menyebabkan kau menjeruk rasa.

:( 

You Might Also Like

0 comments

Press

press