Cameron Highland 2.0 : Day 2

Entri terdahulu : Cameron Highland 2.0 : Day 1

***************

Aktiviti hari kedua kami di Cameron Highland dimulakan dengan sarapan pagi. Mee goreng dan maggie kari. Terbaik. Makan dengan penuh selera. Masing-masing kesejukan dan masih belum berani nak mandi. Alangkan nak ambik wuduk solat subuh pun dah menggigil sakan, ni pulak nak mandi.

Brrrrr....

Tapi nak tak nak, tetap kena mandi. Cuaca kat Malaysia bukan cam kat Alaska. Tak mandi pun takpe kat sana tu. Kat sini kalau tak mandi, kompom bau bacin. Eheh! Sementara nak tunggu semua ahli rombongan siap berkemas, kami bergambar dulu dekat sekeliling chalet. Anak-anak dah lepas ke mana, jadi kami laki bini pun berposing sakan. Untunglah ada tripod.

Tema Ungu
Perasan model
Baru nak posing lebih-lebih sikit, bebudak dah sampai. Rupanya ada taman permainan dekat situ. Terus suruh budak-budak comel ni pose.

Original dari Gombak
Anak-anak Gombak


Ladang Teh Sungei Palas
Destinasi kami yang pertama pagi tu ialah ladang teh Sungei Palas. Orang dok cakap pemandangan kat sini lagi cantik berbanding dengan ladang-ladang teh yang lain. Oh! Gua pernah nonton juga filem Ombak Rindu (seriyes. macam mana boleh tengok muvi ni, gua pun sampai sekarang moskel). Antara lokasi penggambaran filem tu, dekat ladang teh ni lah. Memang nampak menarik dalam filem tu. Tu yang nak pergi jugak. Tapi rupanya jalan nak ke tempat ni agak mencabar. Simpang nak masuk ke ladang ni dari jalan utama pun silap gaya boleh terlepas. Yang gua ingat, dari Kea Farm tu dah tak jauh dah. Kalau Kea Farm belah kanan lu, dalam 200-300 meter ada simpang ke kiri naik bukit. Ladang teh yang lain-lain rasanya betul-betul bersebelahan dengan jalan utama.

Dari simpang jalan utama nak ke ladang teh tu agak jauh. Jauh disebabkan jalan dia yang banyak liku dan sempit. Jangan lah nak feeling-feeling filem hollywood bila memandu kat sini. Kereta agak banyak keluar masuk. Ada lori. Ada bas. Tambah-tambah kalau hujan.

Tapi bila dah sampai ke tempatnya, memang puas hati. Pemandangan memang cantik, terutamanya bagi orang yang kategori pencinta alam macam gua. Eheh! Cumanya, ramai orang. Masa nak cari tempat duduk untuk makan, berebut-rebut la jugak. Kami sempat ulang dua kali beli makan kat situ. Takde la sedap sangat, tapi boleh la untuk takat merasa. Nak ulang untuk akan datang takde la kot.

Pemandangan dari tempat letak kereta

Akhirnya dapat jugak tempat duduk yang ohsem
Adik
Abang
Kakak

Sebelum turun, kami sempat jugak ke kilang memproses teh kat situ. Bagus jugak. Untuk pengetahuan kami dan budak-budak. Sambil-sambil tu ambil gambar kat keliling kawasan kilang tu. Boleh la nampak rumah-rumah pekerja, kereta yang digunakan untuk ke kawasan kebun. Seronok. Tambah pengalaman. Benda-benda macam ni selalunya orang (aku) tak hargai. Bila dah tak ada baru sibuk nak carik.


Rumah Pekerja
Dalam kilang

Depan kilang
Naik jeep tersadai


Dalam perjalanan turun, macam biasa berposing sakan.

BOH Tea Centre Sungei Palas



Me & Adik
Kakak Hanim
Peace
My friends family

Oleh kerana makan kat situ tak berapa nak kena dengan tekak kami, semua setuju untuk ke Big Red Strawberry Farm untuk makan.


MARDI Agro Park
Jam dah dekat pukul 5 petang, tapi kami masih di Brinchang. Kononnya nak balik awal. Esoknya dah nak kerja. Tapi alang-alang dah sampai, kami teruskan juga ke sini. Sebelum ni kami tak tahu pun tempat ni untuk apa, tapi dah ramai yang cadangkan. Tu yang masuk dalam senarai tempat yang kena pergi. Bila sampai, tempat parking lengang. Dah tak ramai orang. Kami pun dapat masuk kejap je. Lagi pun hari nak hujan. Bergambar pun sikit je. Mungkin akan datang kami akan ke sini lagi. Yang kami nampak kat sini ada kebun bunga, ladang teh dan jugak kedai-kedai yang jual produk MARDI.

Antara banyak-banyak bunga, yang satu ni jadi perhatian kami. Tak tau lah pokok apa, yang pasti ini pokok hidup.

Pokok apa ya?

Kami tak lama di MARDI sebab hari dah beransur malam. Kami ambik keputusan mahu ikut jalan ke Raub. Mahu cuba jalan alternatif. Jalannya luas dan elok. Cuma lengang. Kalau gua satu famili je, takkan gua berani-berani lalu situ. Eheh!





Reactions

Post a Comment

0 Comments