Thursday, 11 April 2013

thumbnail

Kuantan

Baru saja pulang dari Kuantan. Penat. Perjalanan bermula jam 4.30 pagi, jam 6 petang sudah terkedang melepas lelah di atas katil.

Memandu hampir 10 jam. Pinggang pun berkali-kali merayu minta diluruskan. Mata sudah beberapa kali terlelap. Deru hujan dan sejuk penghawa dingin menjadi dadah kepada sang mata. Kemuncaknya, brek ditekan mengejut bila melihat di depan jalan ada seekor anak gajah melintas.

Allahuakhbar.

Rupanya mata yang digoda kantuk, berjangkit rosak kepada sistem tafsiran diminda. Si Perodua Kembara berwarna hitam dikatanya anak gajah.

Degil. Masih mahu menahan mata.

Lelah dilepas di hentian Temerloh.

Alhamdulillah. Sejuk hujan mengiringi perjalanan sampai ke rumah.

Ada rezeki, ada jodoh, moga sampai lagi ke bumi Teluk Cempedak.

Tuesday, 2 April 2013

thumbnail

Belitong : Cabaran #1

Cabaran pertama kami ialah semasa mahu membayar harga pakej yang telah dipersetujui. Harga yang diberi (seperti printscreen di bawah) ialah IDR 12,012,000. Bila dibuat carian "terjemahan" harga kepada MYR (Malaysia Ringgit), total yang perlu dibayar ialah sekitar RM3,800.

Jadi bila sudah dapat total harga yang mahu dibayar, pilihan cara pembayaran ada dua. Melalui Pay Pal atau transaksi terus ke bank Indonesia. Sudah tentu pilihan kami Pay Pal, kerana lebih mudah. Cuma, yang membuatkan kami membatalkan bayaran pada saat-saat akhir, bila melihat jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

RM 5132.88

Gila!


Bezanya RM 1300 daripada harga asal. Banyak tu. Hampir RM300 seorang yang perlu ditambah. RM300 tu macam-macam boleh dibuat. Terus dapatkan kepastian dari pihak belitungisland.com.


IDR 12,012,000 = USD 1237.84 = MYR 3826



Rupa-rupanya sudah macam-macam caj yang dimasukkan jika mahu menggunakan perkhidmatan Pay Pal. Senang-senang sahaja mahu "mencuri" RM1000. Kami mengambil keputusan untuk memilih cara kedua untuk proses pembayaran.

Menggunakan perkhidmatan Telegraphic Transfer daripada Bank CIMB, wang pakej berjaya sampai ke tangan pihak ejen selepas 3 hari. Jumlah yang dikenakan?

RM3497.

Selepas tolak itu ini dari pakej asal. Dan caj dari pihak bank, hanya sekitar RM6.


Untung masih berfikiran panjang. Jimat RM 1000!

Monday, 1 April 2013

thumbnail

www.belitungisland.com

Kami memilih www.belitungisland.com sebagai "travel agent" kami ke Pulau Belitung bukan atas rekomandasi siapa-siapa. Tak keterlaluan kalau dikatakan Pulau Belitung ini "aneh" bagi kalangan rakyat Malaysia. Untuk pelancongan di Indonesia ini tempat-tempat seperti Bali, Bandung, Jakarta, Padang atau Medan sudah menjadi terlalu biasa. Tidak dengan Belitung! Tidak banyak maklumat berkaitan Pulau Belitong di Malaysia.

Carian di internet banyak membawa kami ke website ini. belitungIsland.COM merupakan pelopor industri pelancongan ke pulau eksotik ini. Testimonial yang kami baca juga agak meyakinkan, jesteru kami mengambil keputusan untuk mengambil pakej yang disediakan.

Ini adalah antara makluman yang diperoleh bila berkomunikasi dengan pihak belitungIsland.COM menggunakan Yahoo Messenger.

Makanan halal. Itu penting!

Cara pembayaran

Support
Penerangan daripada pihak belitungisland.com agak mudah dan ringkas. Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Sekiranya mahu berbahasa Malaysia, gunakan bahasa rasmi. Bahasa Malaysia rasmi dan Bahasa Indonesia tidak banyak perbezaan.

About