Kuantan

April 11, 2013

Baru saja pulang dari Kuantan. Penat. Perjalanan bermula jam 4.30 pagi, jam 6 petang sudah terkedang melepas lelah di atas katil.

Memandu hampir 10 jam. Pinggang pun berkali-kali merayu minta diluruskan. Mata sudah beberapa kali terlelap. Deru hujan dan sejuk penghawa dingin menjadi dadah kepada sang mata. Kemuncaknya, brek ditekan mengejut bila melihat di depan jalan ada seekor anak gajah melintas.

Allahuakhbar.

Rupanya mata yang digoda kantuk, berjangkit rosak kepada sistem tafsiran diminda. Si Perodua Kembara berwarna hitam dikatanya anak gajah.

Degil. Masih mahu menahan mata.

Lelah dilepas di hentian Temerloh.

Alhamdulillah. Sejuk hujan mengiringi perjalanan sampai ke rumah.

Ada rezeki, ada jodoh, moga sampai lagi ke bumi Teluk Cempedak.

You Might Also Like

0 comments

Press

press