Wednesday, 1 May 2013

thumbnail

Belitong : Corat-coret 1

Masa di atas kapal terbang menghala ke Jakarta, pramugara mengedarkan borang untuk diisi dan diserahkan kepada pegawai imegresen di bandara kelak.

Mat Sen duduk di kerusi satu, borang diberi tanpa banyak tanya.

Mezzo Fauzi duduk di kerusi tengah, juga diberi terus.

Sampai ke giliran aku, pramugara terhenti.

"Bapak orang Malaysia atau Indonesia?"

Sen & Fauzi mula memandang serong. Senyum sumbang sumbing muka terukir.

Amboi!

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

About