Belitong : Perkampungan Melayu

May 03, 2013

70% penduduk di Pulau Belitong berbangsa Melayu. Juga Islam. Adat budaya, bahasa, makanan tak banyak beza dengan orang Melayu di Malaysia.

Kawasan kampungnya seperti apa yang kita boleh lihat di Melaka, Kedah, Perak. Yang paling aku suka, suasananya bersih. Laman rumahnya kemas. Saiz rumah yang comel-comel sangat sesuai dengan suasana kampung. 

Terlalu berbeza dengan apa yang dilihat dan sering dipertontonkan suasana kota Jakarta.

Pekerjaan  utama kebanyakkan penduduk di Belitong adalah sebagai pelombong bijih timah. Belitong memang terkenal sebagai pulau pengeluar sumber mineral ini. Atas alasan ini juga Belanda datang menjajah. Dan disebabkan tanah Belitong ini juga sebuah pulau, profesion nelayan itu juga menjadi pilihan. Lain-lain; sebagai petani, peladang kelapa sawit dan pemandu wisata.

:)

Ipung sangat ohsem. Kami minta dibawa ke tempat-tempat yang masih menunjukkan ciri asal Belitong. Ipung faham kemahuan kami. Dan rumah Pak Long nya menjadi tempat singgahan kami seterusnya. 

Rumah kampung
Bergambar
Gantung

Bekalan kayu api untuk memasak

Model sambilan

Penunggu tangga
Dapur Butterfly


You Might Also Like

0 comments

Press

press