Belitong : SD Muhammadiah

May 04, 2013

Kau tau apa perasaannya bila terlihatkan bangunan usang ini, kawan?

Kagum. Hiba. Seronok. Terharu. Bangga.

Semuanya ada.

Sekolah ini bukanlah sekolah yang asal. Ini hanyalah replika, yang dibina bagi tujuan perfileman. Dibina di kawasan lapang, agak jauh dari tapak sekolah yang sebenar. Sekolah yang asal sudah dirobohkan. Namun semangat Ibu Muslimah yang utuh mahu mengekalkan kewujudan sekolah ini, membias kuat. Kenakalan, tetapi tewas dengan aura kesungguhan Ikal, Lintang, Mahar, Ah Kiong dan rakan-rakan Laskar Pelangi yang lain. Aku betul-betul terpasung dengan kehebatan manusia-manusia ini.

Hamba kepada ilmu. Biar apa pun bentuk sekolahnya, ilmu tetap mahu diserap untuk kemajuan diri.




Bangunan sekolah ini sudah semakin uzur. Sayang, tiada penjagaan yang rapi. Usai penggambaran filem (dan juga drama bersiri), bangunan ini dibiarkan sahaja mereput melangkau waktu. Seeloknya dijagalah sebaik mungkin, kerana nama Belitong ini tidak boleh dinafikan terkenal disebabkan Laskar Pelangi. Dan ini sepatutnya menjadi item utama dalam itenari lawatan.

Mengenangkan peluang yang jarang datang bertandang, kami terus sahaja memotret kenangan.











You Might Also Like

0 comments

Press

press