Belitong : Tanjung Kelayang

May 02, 2013

Terus-terang, mood di hari pertama sangat bercampur baur. Teruja, penat, rimas, mengantuk. Sampai satu tahap, rasa teruja berada di bumi Belitong mendap ke bawah. Walau belum sampai 24 jam lagi.

Aku juga homesick.

Dasar anak manja. Berpisah sekejap sudah mahu menangis.

Eheh!

Untung juga ke Belitong ini dengan sahabat-sahabat hebat. Cuaca muram di Belitong diceriakan dengan aksi-aksi gila isim bila berdepan kamera. Lagaknya bukan main-main. Penuh gaya. Penuh semangat.

Poyo gitu.

Itu lah yang dirasa bila di Tanjung Kelayang. Pantai perkampungan nelayan. Bot-bot kecil terolak-olik disinggung ombak. Langit hitam di atas membawa khabar akan ada air yang mahu diturunkan.

Biarlah. Misi mahu memotretkan keindahan alam tetap terus.

Bot nelayan



Mendung

Encik Sen

Tuan pengarah

You Might Also Like

0 comments

Press

press