Potluck Berbuka Puasa KMKN Batch 95/96

July 22, 2013

Aku cukup suka dengan ukhuwah yang terjalin antara sahabat-sahabat kolej matrikulasi ini. Satu ketika, kami seramai lebih kurang 200 orang tersadai jauh di ceruk utara negeri Kedah. Selama setahun setengah kami bersama.

Kolej MARA Kuala Nerang.

Siapa sangka persahabatan sejak tahun 1995 itu masih kukuh sampai hari ini. Dan tak pernah gagal untuk bersama setiap Ramadhan.

Sabtu lepas, sekali lagi acara tahunan ini berlaku. Di Bandar Salak Tinggi. Biar jauh, asal tetap bertemu.

Terima kasih semua. Atas persahabatan.

You Might Also Like

0 comments

Press

press