Kad/Telefon Raya VS Mesej Raya

August 07, 2013

Dulu.

Modal kad raya agak mahal. Sekeping kad bermula dari 20 sen sampai lah RM1. Ada mahal lagi. Yang mahal tu selalunya spesiel sikit. Ada lagu raya Sharifah Aini. Takpun lagu Saloma. Gambar macam-macam. Paling laku, kad raya gambar kartun. Kalau nak pos, kena tambah 20 sen atau 30 sen. Dia punya feeling masa tulis kad raya tu, tak tercapai dek kata-kata. Masa tu baru sedar kita ni ada bakat menulis. Tu baru tulis, yang terima pulak lain cerita. Baru dapat dari kotak merah pos tu pun dah macam nak melompat. Belum bukak lagi.

Lepas dah dapat tu, kumpulkan semua kad satu keluarga. Ikat dengan benang, satu benang ada lebih kurang tiga ke lima keping kad. Susun memanjang. Dapat 5 jalur, kira habis glamour lah tu. Pastu, mintak abah tolong pakukan ke dinding ruang tamu. Fuyyoo! Rasa bangga tengok kad raya tergantung tu macam tengok persembahan Tatu kat Stadium Merdeka.

Malam raya pulak, buat follow up dengan penerima kad. Telefon. Dulu telefon talian tetap je. Tapi gigih jugak cari masa untuk telefon. Dapat juga sembang ala kadar.

Hari raya pulak, pegi beraya kat rumah penerima kad.

Peh! Kad raya, telefon raya, ziarah raya. Semua tu buat. Gigih. Kagum. Punya la nak jaga silaturrahim.

Tahun 2013.
Dapat SMS je. Mesej nya mesej "kopi pes" dari mana-mana ntah. Kadang-kadang mesej yang masuk sampai 10, tapi 8 guna template yang sama. Nak canggih lagi, dapat broadcast message. Sekali hantar, mau 40-50 orang dapat dalam satu masa. Kat FB selalunya. Whatsapp pun ada. Free je pun.

Ucapannya, SHR MZB.

Takde personal touch. Tak meresap ke hati. Kita baca pun macam Touch N Go. Silap-silap, tak baca langsung.

Makin maju, makin lesu.

You Might Also Like

0 comments

Press

press