Orang ada-ada

August 24, 2013

Malas.

Jadi bila malas, keluarkan sahaja duit. Duit kan berkepuk? Nak buat apa simpan berbuntil-buntil bawah katil? Bukan boleh berkembang biak.

Memang malas.

Alasan sentiasa ada.

Kerajaan Selangor sudah bermurah hati untuk mensubsidi air. Sepatutnya, sudah boleh sangat kalau nak basuh kereta seminggu 3 kali. Ye lah. Bil air bukan pernah lebih 5 ringgit sebulan. Air dah jimat, tenaga buruh di rumah pun bukan tak ada. Upah saja budak comel 3 orang tu untuk membasuh. Bukan mahal pun upahnya. Bagi saja "lesen" untuk main air, tanpa banyak bicara buruh-buruh cinonet ni bersungguh-sungguh buat kerja.

Takpe lah. Hari ini masih malas. Apa lah sangat RM12 untuk harga khidmat cuci kereta tu? Kata orang kaya? Jadi biarlah berlagak seperti orang ada-ada.

Ngada-ngada!

You Might Also Like

0 comments

Press

press