Kayuhan Putrajaya

September 18, 2013

Rekod kayuhan

Dah lama tak ke Putrajaya. Untuk berkayuh. Kayuh basikal, untuk mencapai cita-cita agar lemak degil dapat dimusnahkan.

Konon.

Debab tetap macam tu jugak.

Semalam, ke Putrajaya lepas waktu kerja. Jam 8.15 malam, tayar mula bergolek menelusuri jalan-jalan kota pentadbiran Malaysia. Masa ditetapkan hanya sehingga jam 10. Mahu segera pulang ke rumah. Rasa bersalah juga tinggalkan sang permaisuri hati yang sudah sarat.

Sori ye sayang. Insyaallah, malam tadi aktiviti waktu malam yang terakhir. Berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

:)

Kayuhan Putrajaya kali ini berbeza. Berbeza dari kayuhan sebelumnya. Laluannya tetap sama. Cuma kudrat berkayuh sudah meningkat daripada dulu. Kalau tak mengenangkan masa, mahu juga berkayuh sejauh 40km.

Lain kali. Insyaallah.

Dan kali ini, kami dapat masuk ke PICC. Cabaran bukit yang satu-satunya ada di sini.

PICC
Putrajaya dari PICC

You Might Also Like

1 comments

  1. Kayau Sharul, mesti lemak satu hari sudah bakar kehabisannya. :)

    Nice gambar on top view..I will gambateh more and join you to cycle one day to smell smoke.

    ReplyDelete

Press

press