Kayuhan Sabtu

September 21, 2013

Jam sudah semakin menghampiri jam 8 pagi. Kaki masih terpasak di depan sinki. Tangan masih basah mengulit potongan ayam yang baru dibeli di pasar. Kain pula ada lagi 2 bakul yang perlu disidai.

Hati sudah memberontak. Kaki sudah membentak-bentak. Semangat untuk mengayuh basikal sudah membuak-buak.

Akhirnya, jam 9.15 pagi tayar Encik Putih bergolek di tanah Gombak. Matahari sudah memancar teriknya ke bumi.

Alhamdulillah.

26 km. Sasaran tersasar. Nafsunya mahu 40 km. Tapi apa kan daya kudrat entah ke mana hilang. Barangkali tayar yang kurang angin, semuanya jadi lambat. Mahu dipam, tak pandai guna pula peralatan baru!

Aduh!

Gagahkan juga meneruskan kayuhan. Sampai juga ke rumah.

Jadi lah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press