Langkah mengawal diabetes/obesiti gaya Malaysia

September 23, 2013

Kata Tok Menteri itu, diabetes/obesiti kat Malaysia ini sudah semakin teruk. Jadi, langkah penyelesaiannya ialah dengan menaikkan harga gula. Biar orang tak makan dah benda-benda manis.

Hmmmm.

Itu yang diwar-warkan dalam media. Tak tau lah kalau diputar-belitkan. Mana tau saja kasi putar nak kasi laku jualan suratkhabar.

Moga-moga memang silap media lah. Malu lah kalau tok menteri yang cadangkan bagitu.

Hmmmm.

Tapi kalau tok menteri sudi dengar cadangan saya, saya nak berkongsi sikit lah. Akses rakyat Malaysia dengan makanan ni terlampau mudah. Setiap minit, setiap jam. Apa ke bendanya pukul 2-3 pagi masih ada yang bedal mee goreng mamak? Teh ais pulak tu. Yang makan tu jenis kerja pejabat. Bukan kerja pakai kederat. Melahu tak tau siang malam kat kedai mamak.

Camni la.

Untuk kedai makan ni, bagi je lah arahan tutup kedai pukul 12 malam. Kira paling lewat lah tu. Lagi elok tutup pukul 10. Biar rakyat Malaysia ni terdidik makan awal, makan ikut waktu. Itu cara dia nak mengajar. Makan terkawal, hidup lebih sihat. Naikkan harga gula tu rasa macam tak berapa nak cerdik. Kau naik harga rokok, ada orang berenti merokok? Kau naik harga minyak, ada orang berenti naik kereta? Kalau adam berapa orang, berapa lama? Kena pandai beza antara keperluan dan kehendak. Tu asas dia. Kalau disekat kedai makan 24 jam ni, takdenya mati orang Malaysia ni kebulur. Makan jenis melambak-lambak, tak perlu pun sebenarnya. Pesen apa ntah nak kena ada kedai makan 24 jam bukak. Jenis bela hantu raya je nak kena makan siang malam pagi petang ni.

Hantu raya?

Gulp!

Pikir-pikir balik, banyak faedah tutup kedai makan awal ni. Selain dari menjaga waktu makan manusia-manusia pelahap ini, takde la manusia nak memekak kat kedai tepi jalan tengok bola tengah-tangah pagi buta. Takde la kaum bini memendam rasa tengok tok laki keluar rumah alasan nak mengeteh pukul 12 malam. Takde la bangku kerusi yang ambik tempat parking, sampai menyusahkan orang sakit sembelit cari parking nak masuk klinik. Takde la lagi brader jual DVD RM10 3 keping nak mengacau.

Banyak wooo faedah dia.

Tapi itu satu cara je la nak bagi. Banyak lagi cara lain. Kalau ada yang kata abis tu camana nak kawal yang kat rumah pulak, yang tak pergi makan kat kedai 24 jam? Aku kata, sila mohon jadi Timbalan Menteri.

Ahaha!

Jap! Aku punya cadangan ni untuk kawal diabetes ke, kawal obesiti?

Heh!

You Might Also Like

0 comments

Press

press