Temasya Sukan Tadika Amal 2013

September 18, 2013

Tahun ini, tahun terakhir Ustazah Nur Hanis bersekolah di Tadika Amal. Maksudnya, tahun terakhir juga untuk bersukan. Sudah 4 tahun berturut-turut kami ke UIA untuk acara sukan tahunan ni. Seronok tengok anak-anak terlibat dalam acara. Paling seronok tahun 2011, masa Doktor Nur Hanim di tahun akhir. Entah berapa acara yang dia masuk, semuanya menang.

Laju.

Kali ini, giliran si adik. Satu acara saja. "Mana kembarku", acara berganti-ganti cari barang yang sama. Juara juga. Ahahaah! Bagus anak-anak abah dan ummi. Biar aktif bersukan. Biar lasak. Jangan macam abah yang kaki bangku. Dah tua bangka baru lah terhegeh-hegeh nak aktif bersukan.

:)

Gambar-gambar sekitar acara.

Bersiap
Dengan kawan baik
Wajah-wajah pejuang rumah merah
Perbarisan
Gadis-gadis comel
Maskot

Gaya juara
Dengan kawan baik, Qistina

Jumpa lagi. Insya-allah, tahun 2017.

You Might Also Like

0 comments

Press

press