Jangan pergi, Opet.

October 13, 2013

Ini gambar Opet yang terakhir dalam simpanan. Sudah agak lama. Kemudian, kelibat Opet seperti bayang-bayang.

Sekejap ada. Lama menghilang.

Tak tau lah apa yang dirajuknya. Opet jenis yang pemanja. Suka dibelai-belai. Kalau boleh, mahu terperap sahaja dalam rumah. Entah berapa kali Opet pernah terkurung dalam rumah, disebabkan perangainya yang suka menyorok bila kami mahu keluar dari rumah. Tiap kali itu juga Opet akan "hadiahkan" bau-bauan yang semerbak.

Marah kami pada Opet, sekejap. Tak melarut-larut.

Tapi itulah. Opet hilang sudah berhari-hari. Mungkin mengembara mahu mencari isteri. Tapi Oyen, si adik, pun sama juga suka merayau. Sampai waktu, tetap juga balik.

Sampai lah minggu lepas.

Ada bau kuat menyengat hidung datang dari laman rumah. Puas mencari, rupanya berpunca dari longkang.

Bangkai kucing. Sudah kembung berulat. Kedudukannya terlentang, jadi yang nampak hanyalah bahagian perut.

Putih semuanya. Ekornya tak nampak. Warna bulu yang selebihnya pun tak nampak. Dan tidak sama sekali terlintas dalam fikiran yang bangkai itu mungkin bangkai Opet. Tak sempat nak menguruskan bangkai itu sebab sudah terlambat dengan urusan penting. Tau-tau abang di sebelah rumah sudah menguruskan semuanya.

Kini, sudah seminggu lebih peristiwa bangkai di longkang berlalu. Dan Opet juga masih tak muncul-muncul.

Mungkin kah?

:(

You Might Also Like

0 comments

Press

press