Ikan Goreng Sambal

November 13, 2013

Semenjak Ummi berpantang, menu makanan kami agak terhad. Masa di rumah mak, puas lah makan itu ini. Tapi bila dah balik, terpaksalah mengikut keadaan semasa.

 Tapi lama mana lah tekak ni boleh tahan. Ehehe! Tu yang nekad jugak nak masak sambal ikan. Tak ingat entah bila kali terakhir masak. Sebab dah teringin sangat, gigihkan juga masak sendiri.

Sudah tentu, Ummi lah kena bagi panduan. Nak catitkan juga cara-cara memasak ni. Untuk kesenangan masa depan. Ehehehe!

Sediakan ikan yang nak digoreng. Pilihan saya, ikan sardin 4 ekor.
Bahan-bahan untuk menggoreng; kunyit dan garam.
Gaulkan sampai rata
Goreng dalam minyak yang panas (sukatan minyak dalam 2 cawan). Goreng sampai habis air ikan (ummi cakap camtu, heheh!). 

Dah siap goreng ikan, asingkan dulu. Kita teruskan dengan penyediaan barang-barang untuk buat sambal. Eheheh!


Bahan-bahan untuk dijadikan sambal; bawang besar sebiji, bawang kecil 4 ulas, cili merah 4 biji, cili padi 8 biji
Potong kecil bahan-bahan untuk dimesin.
Letakkan sikit air
Lepas dimesin, tapis dulu bagi airnya keluar. Yang ni mesin halus sangat, lain kali mesin kejap je dan air pun jangan terlebih.
Panaskan minyak goreng ikan tadi. Tinggalkan dalam secawan.
Masukkan sambal yang dah dimesin dan biarkan sampai hilang air. Boleh cuba rasa pedas masin, dan tambah kan garam sekiranya perlu. Bila dah siap, masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
Dah siap.

Rasanya? Boleh lah. Hujung minggu ni boleh cuba lagi. :)

You Might Also Like

0 comments

Press

press