Semoga selamat

December 12, 2013

Alhamdulillah.

Jam 2.20 pagi kami tiga beranak sudah selamat sampai di rumah. Baru pulang dari Sepang, menghantar ayahanda dan bonda terbang ke Mekah menunaikan umrah.

Ada terbit rasa cemburu. Cemburu yang memang cemburu. Cemburu yang tidak buta. Entah bila berpeluang lagi ke tanah suci untuk menghapus dosa.

Untuk abah, emak, abang Imi, Safwat, acik Ani, pakcik Lias dan abang Ajak. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Semoga segalanya dipermudahkan.

Semoga semuanya selamat.

Amin.

You Might Also Like

0 comments

Press

press