Belitong : Mentari malu di Tanjung Binga

January 16, 2014

Pagi hari yang keempat.

Hari ini kami mulakan ke Tanjung Binga. Satu lagi sesi memburu sinar sang suria. Seperti hari-hari sebelumnya. Suasana masih gelap dan kelam. Usai solat Subuh, kami dijemput Ipunk. Dalam kereta, sempat melelapkan mata.

Kami tiba di penempatan nelayan. Barangkali. Jalan terus menuju ke jeti kecil yang panjang menghala ke laut lepas. Kiri kanan jeti, bot-bot kecil tersadai meneman malam. Empunya bot barangkali masih kejap memeluk mata.

Sebaik kaki melangkah di atas jeti, kamera mula memainkan peranan. Flash pula tertinggal (sengaja ditinggalkan sebenarnya). Jadi gambar-gambar agak kelam, hanya dibantu dengan cahaya yang ada sahaja.

Tenang pagi itu mula menjadi hingar bila warga Tanjung Binga mula memulakan tugasan harian. Kamera kami masih terus rakus merakam waktu indah di tepian laut. Cuma matahari masih menyembunyikan diri, walau kelibat cahayanya sudah jauh tersebar di serata alam. Menyorok di balik awan yang berat. Mahu hujan. Agaknya.

Jika matahari yang gah itu punya rasa malu, kita juga perlu begitu, bukan?

Jeti
Rehat

Cuci

Sinar

Pagi

Kayuh

Imbang
Dayung

Anak Muda

Kacak

You Might Also Like

0 comments

Press

press