Friday, 28 February 2014

thumbnail

Belitong : Bye Belitong, Hi Jakarta!

Ahad. 5 Mei 2014.

Hari ini hari terakhir kami di Belitong. Ada pelbagai rasa. Tetapi perjalanan perlu terus. Jam 7 sudah berjanji dengan Ipung. Mahu ke Bandara Tanjung Pandan. Sebelum berangkat, bergambar kenangan dengan Ipung.

Ipung, servisnya ngetop!

Ipung and friends

Ipung panggil aku pakcik. Pakcik pun pakcik lah. :(

Perjalanan ke bandara (lapangan terbang) lebih kurang 15-20 minit. Tidak ada macet-macet seperti di Jakarta, ataupun Kuala Lumpur. Lancar. Dan kami tiba ke sempadan negeri. Bergambar kali terakhir bersama Ipung, bersalam-salaman (salam kaut katanya) dan ucap selamat sesama kami.

Terima kasih, Ipung

Salam pun nak ambik gambar

Selesai berurusan di kaunter untuk check in, kami ke kantin mahu mengisi perut. Sempat juga membeli-belah. Sehelai baju dan uang rupiah bertukar milik.

Sampai waktunya, kami pun bergerak masuk ke ruangan menunggu.
Ngelakar itu apa?

Teh botol

Asal ada internet, online tetap online. +Rizal Gunx tetap mahu aksi.

Sriwijaya Air

Sebelah +Mohd Fauzi 

Selamat tinggal, bumi Laskar Pelangi!


Jakarta
Penerbangan ke Jakarta hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Macet kota Jakarta menyambut kami yang baru mula terasa letih. Lima hari di Belitong, tenaganya menggebu-gebu. Di Jakarta, sendi badan sudah mula berdenyut-denyut. Untung urusan di Jakarta, sudah diaturkan +Mohd Fauzi. Kami yang lain-lain hanya menurut perintah.

Berehat sekejap di hotel, kaki melangkah lagi mahu libur. Yang paling utama, perut perlu diisi. Shopping mall yang cukup banyak, tidak susah mahu memilih. Selesai di kedai makan, kami ke kedai buku. Aku jarang, atau lebih tepat, tak pernah beli buku berbahasa Indonesia. Walaupun banyak buku-buku yang menarik, tetap tidak dibeli. Risau kalau-kalau sukar untuk difahami. Kekangan ekonomi juga menjadi faktor. Namun, sebuah buku tetap diangkut balik.

Dan masih belum dibaca sehingga tarikh hari entri ini ditulis. :)

Untuk mengisi waktu yang masih senggang, kami memilih untuk menonton Iron Man 3 di bioskop yang berhampiran. Ngetop pak!

Kecewa tiada Like di FB?

Masih memeriksa status Like?

Kedai piring hitam

Di Gramedia

Capek banget!
thumbnail

Belitong : Sore di Tanjung Pendam

Sabtu. 5 Mei 2014.

Selesai urusan check out di Hotel Biliton, kami terus ke Hotel Harlika Jaya yang kami tempah hanya pada malam sebelumnya.

Aduh! Kondisinya ya ampun. Bila diintai ke luar (dari dalam bilik air), semak di luar sudah lebih dari paras kepala. Serta merta terbayang makhluk yang panjang menjalar-jalar mencebik lidah memberi salam dari tingkap itu. Ular lah, apa lagi? Bayangkan jika salamnya diberi ketika proses pembuangan bahan cerna sedang berlangsung.

Huuuu...!!!

Itu belum lagi dihuraikan lagi keadaan katilnya. Katil Queen pula tu.

Aku sebenarnya memang tidak memilih tempat menginap, bukan jenis yang mahu bermewah-mewah. Tetapi ada syarat asasnya, bersih! Itu saja. Tapi apa boleh buat. Silap sendiri. Konon hotel banyak yang kosong, tapi mana tahu hujung minggu di Belitong penuh dengan wisata. Merasa juga lah kami perasaan Kassim Selamat dan Sabariah yang dihalau duduk ke kolong dalam filem Ibu Mertuaku.

Tidak ada aktiviti khusus kami di sini, selain berjalan-jalan ke taman awam yang bersebelahan dengan hotel. Mungkin ini "Taman Tasik Titiwangsa" Belitong. Aktiviti riadah keluarga dan juga santai anak-anak remaja. Kami bergambar macam biasa.

Welcome to Belitong

Kreatif

Main air

Memancing

Manual. Sihat dan mesra alam.

Apa yang menarik perhatian kami adalah papan-papan tanda yang ada di sekitar taman ini. Tujuannya sama, perihal pentingya kebersihan. Tetapi ayat-ayatnya seronok untuk dibaca.

"Menghitung-hitung kebahagiaan tambah satu deh, dengan menjaga kebersihan dan buang sampah pada tempatnya"
"Gak cuma mikirin diri sendiri, tapi juga pedulu dengan lingkungan. Jaga kebersihan yuk!"
"Gak perlu tukang sampah ngebersihin, ayo buang sampah pada tempatnya"
"Punya masalah bau itu gara-gara kebersihan nggak terjaga, yuk kita buang sampah pada tempatnya"


Heehehheh! Comel.

Menjelang Maghrib, kami beransur balik ke hotel untuk mandi. Dan pada waktu ini juga matahari sudah mahu masuk beradu. Sebelum sinar teriknya sirna, kami bidik lensa kami untuk kesekian kalinya.
Model +Suhaimi Sujak 

Sore di Tanjung Pendam



Waktu malam, tugasan utama kami untuk mengisi perut. Dan sempat juga kayuh basikal comel keliling Tanjung Pendam.

Hahaahah! Tebiat.

Warna-warni kehidupan malam Tanjung Pendam :)

Jam 11 malam. Letih. Pulang. Tidur.

Thursday, 27 February 2014

thumbnail

Belitong : Jajan, Musium Timah dan Rumah Adat Belitong

Usai mandi dan berkemas, kami siap sedia lagi untuk meneruskan kembara. Hari ini hari terakhir untuk pakej kami bersama +belitungisland_dotcom, jadi aktiviti lawatan hari ini di sekitar pekan Tanjung Pandan.

Lokasi pertama kami ialah tempat untuk membeli jajan, oleh-oleh untuk dibuat kenangan. Agak kecewa kerana pilihannya tidak banyak. Kami inginkan lebih banyak pilihan pakaian (terutamanya baju) yang khusus hanya boleh diperoleh di Belitong. Ialah, kenangan kan? Apa yang ada, kami beli sahaja. Takut nanti tidak ada lagi ditempat lain. Sehelai baju untuk setiap ahli keluarga, dan fridge magnet.


Minta diskaun ke +Mohd Fauzi?

Kemudian perjalanan kami diteruskan ke kedai menjual jajan; kerepek, keropok dan macam-macam lagi. Beli hanya sekadar mahu merasa. Lagipun beg sudah hampir penuh. Tidak mahu terlebih berat, ongkosnya sudah habis! Ehehehe! Lagipun, jajan-jajan yang dijual lebih kurang seperti makanan kita di Malaysia. Nama sahaja yang berbeza.

Cencaluk?

Jeruk Kelubi

Kuih Bangkit?


Musium Timah

Selesai membeli-belah, kami terus dibawa Ipung ke Musium Timah. Musykil juga pada mulanya, kenapa timah? Bila teringat semula Belitong ini hasil sumber buminya timah, barulah faham. Bayaran masuk ke musium ini tidak banyak, mungkin sekitar RM1. Maaf kata, bangunan muzium ini sendiri patut dimuziumkan. Heheheh!

Bahagian dalam musium ini terbahagi kepada dua bahagian, satu khusus menunjukkan sejarah perlombongan timah di Belitong, satu bahagian lagi lebih kepada asal-asul dan sejarah bumi Belitong. Di bahagian belakang musium terdapat taman dan juga mini zoo. Buaya yang menghalang perjalanan Lintang (dalam filem Laskar Pelangi) juga ditempatkan di sini.

Tidak ada apa-apa aktiviti yang menarik. Sekadar memerhati dan berjalan-jalan.

Tiket masuk RP2,000

Musium Timah

Anak Belitong, semoga semangat Ikal, Lintang dan Laskar Pelangi bersemadi di hatimu

Habis macho!

Di taman

Pelakon Laskar Pelangi

Ntahapaapa


Rumah Adat Belitong
Mungkin kalau di Gombak, Rumah Adat Belitong ini boleh disamakan seperti Rumah Gadang / Rumah Pak Ali. Rumah yang dibina dengan seni tradisi Melayu. Sayang, rumah cantik itu terbakar dan tidak berganti. Rumah Adat Belitong ini memang mengimbau kenangan akan Rumah Gadang.

Rumah ini luas. Seperti kebanyakkan rumah tradisi Melayu di Malaysia, rumah tradisi Belitong juga bertiang menjauh tanah. Jadi, ada kolong yang boleh digunakan untuk menyimpan barang. Selalunya rumah berkolong ini tujuannya untuk mengelak banjir. Wallahualam.

Di ruangan dalam diletakkan bahan-bahan pameran yang menunjukkan adat-adat orang Belitung. Gambar-gambar lama juga ada, digantung di keliling dinding rumah. Ada juga ditunjukkan adat-adat perkahwinan, kurang lebih seperti budaya kita secara amnya.

Puas juga bergambar. Siap berpakaian pengantin lagi. Mohon tiada syak wasangka daripada adinda, ya? Eheheh!

Rumah Adat Belitung

Dari luar

Bilik pengantin

Pengantin lelaki yang keseorangan

Eheeheh!

Penat. Dan sekarang, masa untuk pulang ke hotel.

Wednesday, 26 February 2014

thumbnail

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu

Awal Februari, ada cuti panjang. Jadi, tercari-cari aktiviti yang boleh melibatkan ahli keluarga. Terus idea berkelah ke Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu ini muncul.

Lagipun, cuaca agak panas sekarang. Sangat sesuai untuk aktiviti berendam. Dan sangat sesuai untuk budak-budak comel yang bertiga itu.

Keputusan dicapai. Keluarga Mak Ngah pun mahu turut serta. Aktiviti beriadah kaum-kerabat namanya. Tapi Ummi dan Hafiz tinggal di rumah sahaja, ya. Kesian juga dengan kakak Hanis. Sudah semangat mahu ke air terjun, boleh demam pula. Maaf lah ye adik, aktiviti tetap terus.

Dan tak perlu lah nak diterangkan lagi perihal Air Terjun Chiling ini. Sudah beberapa entri aku masukkan bercerita perihal air terjun ini. Kali ini, kita layan gambar sahaja.

:)

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Posing berlagak di "pintu masuk"
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Cuaca yang agak sejuk
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Dua sepupu berposing di jambatan (River Crossing 1).
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Ahli rombongan kaum kerabat.
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Gaya mesti ada. Cayalah kakak Hanim!
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
River Crossing 3
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Redah semak lepas river crossing 1
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Jernih
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Ahli rombongan yang gigih berusaha.
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Kakak Hanim panjat pokok
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Berhenti rehat

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Happy tengok ikan yang sangat banyak. Di River Crossing 2.

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Lapar sangat ke kakak?

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
"Yeay! Kami dah sampai. Anda bila lagi?"

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
River Crossing 5

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Akhirnya!
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Untung sampai awal. Masih kosong.
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Sesi bagi ikan makan
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Abang Haris teruja tengok ikan keliling kaki
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Kakak Hanim berlatar belakangkan air terjun
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Abang Haris kesejukan
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Posing berlagak dua beradik.
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Geng anak teruna
Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Tak menghayati watak

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Lagi sekali. Baru jadi.

Yeay!

Tahniah kakak Hanim. Aktiviti trekking yang pertama. Walaupun kepenatan dan kesejukan, tapi berjaya juga tanpa banyak karenah.

Nanti kita pergi lagi, dengan kakak Hanis.

Insyaallah.


***********************
Kemaskini 4 Oktober 2014;






***********************
Entri berkaitan;

About

Saya juga menulis untuk beberapa blog yang lain dan semuanya dihimpunkan dalam blog utama di http://www.sharulnizam.com