[Buku] Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London (Tan Sri Hajah Aishah Ghani)

February 25, 2014

Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke LondonIbu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London oleh Tan Sri Hajah Aishah Ghani
My rating: 4 daripada 5 bintang

Membaca buku ini setelah selesai membaca buku Kembara Nisah Haron dan juga Ulu Yam di Liverpool, agak kurang adil untuk memberi pandangan. Kerana, apa yang ada dalam 2 buku terdahulu, diharapnya ada dalam buku ini. Kerana ianya kisah kembara. Tetapi tidak ada. Berbeza.

Namun, kisah ibu Aishah ini tetap ada keistimewaannya tersendiri. Pada tahun 1955, ketika berumur 32 tahun, sudah ada 3 anak dan bersuami, tetapi ibu ini cekal untuk merantau demi ilmu.

Ke London.

1955! Bukan 1995! Apalah kemudahan yang ada pada masa itu. Sedangkan untuk ke Eropah pun masih menggunakan kapal. Itu pun 26 hari! Hebat! Sekiranya ibu ini nenek saya (ya, umur beliau sebaya dengan nenek saya!), tentu ini akan jadi inspirasi saya yang paling utama.

Saya sukakan bahagian pertama buku ini. Bahagian selebihnya lebih kepada analisa ibu Aishah berkaitan bumi UK. Apalah agaknya pandangan ibu Aishah tentang perbandingan yang beliau buat dahulu dengan keadaan sekarang?

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press