Belitong : Sore di Tanjung Pendam

February 28, 2014

Sabtu. 5 Mei 2014.

Selesai urusan check out di Hotel Biliton, kami terus ke Hotel Harlika Jaya yang kami tempah hanya pada malam sebelumnya.

Aduh! Kondisinya ya ampun. Bila diintai ke luar (dari dalam bilik air), semak di luar sudah lebih dari paras kepala. Serta merta terbayang makhluk yang panjang menjalar-jalar mencebik lidah memberi salam dari tingkap itu. Ular lah, apa lagi? Bayangkan jika salamnya diberi ketika proses pembuangan bahan cerna sedang berlangsung.

Huuuu...!!!

Itu belum lagi dihuraikan lagi keadaan katilnya. Katil Queen pula tu.

Aku sebenarnya memang tidak memilih tempat menginap, bukan jenis yang mahu bermewah-mewah. Tetapi ada syarat asasnya, bersih! Itu saja. Tapi apa boleh buat. Silap sendiri. Konon hotel banyak yang kosong, tapi mana tahu hujung minggu di Belitong penuh dengan wisata. Merasa juga lah kami perasaan Kassim Selamat dan Sabariah yang dihalau duduk ke kolong dalam filem Ibu Mertuaku.

Tidak ada aktiviti khusus kami di sini, selain berjalan-jalan ke taman awam yang bersebelahan dengan hotel. Mungkin ini "Taman Tasik Titiwangsa" Belitong. Aktiviti riadah keluarga dan juga santai anak-anak remaja. Kami bergambar macam biasa.

Welcome to Belitong

Kreatif

Main air

Memancing

Manual. Sihat dan mesra alam.

Apa yang menarik perhatian kami adalah papan-papan tanda yang ada di sekitar taman ini. Tujuannya sama, perihal pentingya kebersihan. Tetapi ayat-ayatnya seronok untuk dibaca.

"Menghitung-hitung kebahagiaan tambah satu deh, dengan menjaga kebersihan dan buang sampah pada tempatnya"
"Gak cuma mikirin diri sendiri, tapi juga pedulu dengan lingkungan. Jaga kebersihan yuk!"
"Gak perlu tukang sampah ngebersihin, ayo buang sampah pada tempatnya"
"Punya masalah bau itu gara-gara kebersihan nggak terjaga, yuk kita buang sampah pada tempatnya"


Heehehheh! Comel.

Menjelang Maghrib, kami beransur balik ke hotel untuk mandi. Dan pada waktu ini juga matahari sudah mahu masuk beradu. Sebelum sinar teriknya sirna, kami bidik lensa kami untuk kesekian kalinya.
Model +Suhaimi Sujak 

Sore di Tanjung Pendam



Waktu malam, tugasan utama kami untuk mengisi perut. Dan sempat juga kayuh basikal comel keliling Tanjung Pendam.

Hahaahah! Tebiat.

Warna-warni kehidupan malam Tanjung Pendam :)

Jam 11 malam. Letih. Pulang. Tidur.

You Might Also Like

0 comments

Press

press