Tiga bulan

February 07, 2014

Ini hero baru kesayangan kami. Sudah 3 bulan lebih umurnya. Sudah manis senyumnya. Sudah pandai menunjuk-nunjuk lesung pipit di pipi kanannya.

Bila tersenyum, aduhai, hati bagai dipanah cinta asmara.

Rindu kepada yang comel ini, tidak tertanggung. Terpisah walau sehari, dendam rindu membuak-buak. 

Semalam, bertemu dengan pakar kanak-kanak. Ada gangguan pada saluran pernafasan anakanda. Bonda dan ayahanda menahan rasa. Sedih mendengar nafas anakanda yang kuat bunyinya.

Alhamdulillah. Doktor kata, itu hanya lah virus nakal. Mahu berlama-lama, hanya akan pergi bila rasanya masa tiba. Tidak perlu ubat. Tidak ada yang perlu dirisaukan. Lagi-lagi anakanda masih aktif, pembesaran juga bagus.

Alhamdulillah.

Lena

You Might Also Like

0 comments

Press

press