Belitong : Kembali ke Malaysia

March 04, 2014


Akhirnya, hari terakhir kami di bumi bertuah Indonesia tiba juga.

Gembira, kerana bakal bertemu dengan keluarga tersayang.
Gembira, kerana kembara yang dirancang sekian lama sudah pun terlaksana lancar.

Kecewa, dengan keputusan pilihanraya Malaysia yang ke-13. Eheheh!

Sedih? Tidak mahu bersedih-sedih, kerana tiada apa yang mahu disedihkan. Kembara ini sudah cukup mencipta kenangan peribadi. Sudah boleh dijadikan cerita untuk dikongsi. Kembara ini mahu dijadikan pencetus inspirasi kepada anak-anak. Biar mereka mahu kembara, biar mereka mahu meneroka.

Abah pasti menyokong!

Terima kasih kepada +Rizal Gunx+Mohd Fauzi dan +Suhaimi Sujak yang sudi menemankan sepanjang perjalanan.

Terima kasih kepada Ipung yang tidak lelah melayan karenah kami.

Terima kasih kepada +belitungisland_dotcom, atas pakej wisata yang superb!

Dan yang paling utama, terima kasih kepada kekasih hati yang memberi ruang dan peluang kepada kekandamu ini. Perngorbananmu kanda hargai. Untuk anak-anak, terima kasih kerana memudahkan.

Dan kepada yang SATU, rahmat-Mu seluas alam, terima kasih dengan keizinan-Mu kami berpeluang melihat keindahan ciptaan-Mu, bumi Belitong dan antara penghuninya yang bersinar ibarat permata.

Semoga ada lain kali. Lain peluang ke Belitong.

Sep!

You Might Also Like

0 comments

Press

press