Jaring tingkap (bajet)

March 13, 2014

Masalah di tingkat atas rumah ialah panas. Nyamuk juga sudah berani-berani menceroboh masuk. Jadi, tingkap terpaksa ditutup. Itu yang menjadikan suasana panas, dan sesekali bau kepam menusuk hidung.

Mahu di pasang jaring tingkap, kosnya agak tinggi. Tetapi tetap juga mahu dipasang, kerana boleh mengatasi dua masalah utama; nyamuk dan panas.

Sudahnya dengan kreativiti ala-ala pria bijaksana, MacGyver, penyelesaian kos murah ditemui.

Pertamanya, pergilah ke kedai perkakasan yang berhampiran. Carilah jaring yang halus lubangnya. Dua meter sudah cukup untuk tingkap 3 panel.

Jaring halus
Jaring halus. RM7 semeter.

Kemudian dapatkan kabel pengikat.

Kabel pengikat
Kabel pengikat / Cable Ties. RM 5.90 untuk 100 keping.


Itu sahaja modalnya.

Kemudian, pasangkan ke tingkap mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri. Pastikan jaring yang dipasang tidak menghalang untuk membuka-tutup cermin tingkap. Jika tidak, kelak kau kan diketawakan sang kelembai, dik.

Ada ruang untuk buka-tutup tingkap
Ada ruang untuk buka-tutup tingkap

Sekarang, lakukanlah perkara yang sudah menjadi tradisi turun temurun. Gantungkanlah langsir yang berwarna-warni lagi beropol-ropol.

Final touch-up
Hiaskan tingkap yang sudah berjaring dengan langsir hijau, pasti mempersonakan.

Siap.

Nyamuk tiada. Panas tiada. Kepam tiada.

Jerebu?

Ah! Tetap saja bermaharajalela!




You Might Also Like

0 comments

Press

press