Bunga Jarum

April 06, 2014

Kala mengemas rumah seharian ini, baru hamba perasan pohon ini berbunga lebat. Selalu mata hanya tertancap pada bunga-bunga kertas yang merimbun ungu. Rupanya diam-diam pokok bunga jarum ini segar menyeri.

Biasalah. Lumrah hidup ada juga yang indah tak dipandang orang.

Waktu kecil dulu, suka bermain bunga ini. Hahaha! Jangan salah menyangka, memetik bunga bukan untuk menghias diri. Tapi untuk disedut manis madu di hujung tangkai.

Sedap. Manis.

Cuba lah!








Nama Inggerisnya, Ixora.

You Might Also Like

0 comments

Press

press