[Buku] The Naked Traveler 2 (Trinity)

April 09, 2014

The Naked Traveler 2The Naked Traveler 2 oleh Trinity
Nilaian: 4 daripada 5 bintang

345 halaman! Jenuh mahu menghabiskan bacaan buku kedua tulisan mbak "gendut" ini. Namun saya tetap terhibur.

Benarlah seperti yang dinyatakan, tidak semuanya indah apabila berlibur. Catatan Trinity yang kadangkala, atau selalunya, dianggap remeh dan tidak perlu diendah oleh kebanyakkan kita yang sering melancong secara "mewah". Melancong secara backpacking sebenarnya lebih bermakna, berbanding dengan cara kebiasaan orang Asia, atau yang lebih dekat, orang Malaysia. Cara backpacking lebih minimal dan praktikal.

Saya sendiri masih belum sedia untuk keluar daripada kelompok libur mewah ini. Pengalaman ke Belitong sudah cukup dijadikan rujukan.

Baiklah. "Ajaran" Mbak Trinity akan saya jadikan panduan. Lokasi travel saya seterusnya (masih angan-angan), ialah Kashmir dan Turki. Moga pengalaman Mbak Trinity ini akan memberi faedah.

Oh! Berkaitan buku kedua ini, ceritanya lebih banyak berkisar kepada pengalaman beliau kawasan liburan pantai dan laut. Bukan kegemaran saya, tapi layan aja deh! Coba? Heheheh!

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press