[Buku] The Naked Traveler 3 (Trinity)

April 15, 2014

The Naked Traveler 3The Naked Traveler 3 oleh Trinity
Nilaian: 4 daripada 5 bintang

Membaca buku tulisan Trinity ini berturut-turut, membuatkan hati semakin "doyan" untuk mengembara. Semakin dibaca, semakin pudar alasan-alasan "tidak punya waktu" atau "keterbatasan wang". Semuanya boleh dilakukan, dengan syarat ada perancangan dan persediaan awal. Fizikal dan yang utama, mental.

Cuma satu kelebihan Mbak Trinity, masih jomlo! Faham sendiri ya, kebebasan orang bujang berbanding bapak anak empat ini. Hihihihi!

Buku kali ini banyak bercerita tentang kembara Trinity ke negara-negara Asia. Antaranya India, China, Israel (maaf, saya tidak mengiktiraf kewujudan Israel) dan tentunya negara Indonesia sendiri.

Di Indonesia, saya jadi teruja dengan keindahan kepulauan Wakatobi di Sulawesi. Kalau lah saya ada minat yang sama seperti beliau, pasti kepulauan ini masuk dalam senarai tempat yang mesti saya pergi. Malangnya saya "tidak mesra" dengan aktiviti laut (selain daripada mandi di tepi pantai). Snorkeling dan diving, brrrrrr... nggak berani deh!

Mbak Trinity seolah-olah sudah serik ke China. Seolah-olah, hanya pada pandangan saya. Cerita-cerita "ngeri" semasa di sana, memang "menyeramkan". Apatah lagi cerita berkaitan tandas awamnya, memang membuatkan saya kembang tekak. Arghhhh!!

Apa pun pandangan Mbak Trinity, jadikan lah panduan. Bukan sempadan (menjadi alasan untuk tidak mahu pergi). Perkongsian pengalaman beliau sangat-sangat bermenfaat. Terima lah hakikat, sememangnya percutian tidak selalunya indah!

Terus berkarya Mbak. Sekarang saya mahu membaca buku yang ke-empat.

Ulasan buku yang lain





You Might Also Like

0 comments

Press

press