Whatsapp, kadangkala ia menyebalkan!

April 09, 2014


Kan?

Memang agak memecah-belahkan jiwa. Kala group di Whatsapp menyepi sekian lama, berhari-hari, kita semangat mahu menceriakan suasana.

"Assalamualaikum wbt"

Salam diberi pembuka bicara.

"Wa'alaikumussalam"

Gerombolan ahli menjawab. Seorang dua. Kadang-kadang, ada untung, mungkin lima orang menjawab salam.

Lantas mendapat sahutan, tangan mula menaip mahu bertanya khabar. Mahu tahu apa berita terkini. Sudah adakah yang menambah bini? Masih bujangkah si dara sunti? Yang beranak kecil, sudah boleh kah berlari? Yang sakit, sudah kah sembuh diri?

2 minit. 5 minit.

Tit! Tit!

Notifikasi galak berbunyi. Ada yang membalas. Wah! Teruja, segera jari-jemari yang montel lagi obes mengerubuti telefon pintar, mahu membaca mesej yang terkini.
Mohon sahabat sebarkan. Seekor kambing telah melarikan diri ke Mongolia akibat mengikut teman lelaki. Ibunya kini gering menanggung rindu. Sekiranya terjumpa, maklumkan kepada ibunya ya.
Tit! Tit!
(Gambar bermesej) Pagi nan indah disinari suria. Semoga kita baik-baik sahaja.
Senyap.

Group di Whatsapp kembali sunyi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press