[Buku] Kapsul Nurani (50 penulis)

May 03, 2014

Kapsul Nurani
Kapsul Nurani

Kapsul Nurani oleh 50 Penulis
Nilaian: 5 bintang
ISBN#: 9789671259702
Tarikh terbit: 25 April 2014
Penerbit: Metromedia Solutions


Lain rasanya mahu mengulas buku ini.

Iyalah. Kerana buku ini sungguh istimewa. Buku ini menyelitkan kisah kerdil manusia gendut pekerja swasta ini, yang mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang. Dan untuk mengulas cerita sendiri, tentulah aku cenderung untuk memberikan pandangan yang tidak seimbang.

Kisah aku, mestilah baik.

Buku aku, mestilah hebat.

Sudah tentu aku berikan 10 bintang daripada 5 bintang!

Ahahaah!

Jadi, untuk mengelakkan untuk disamakan dengan perumpamaan "masuk bakul angkat sendiri", aku biarkan sahaja orang lain yang mengulas (kisah aku). Dan aku masih menunggu-nunggu ulasan yang pertama!

Baik. Aku ulas buku ini secara am sahaja.
  1. Idea yang bernas. 50 penulis satu buku. Sangat bermakna bagi orang yang masih baru seperti aku. Peluang untuk bermula dengan skala yang kecil. Mana tahu, boleh jadi pemangkin untuk ke langkah seterusnya. Doakan lah, ya?
  2. Konsep 50 penulis dalam satu buku memang mengujakan. Ada 50 cerita. Ada pelbagai ragam, ada pelbagai kisah. Ada yang boleh dipelajari. Ada yang boleh dijadikan peringatan.
  3. Ada pelbagai bakat. Yang sudah biasa menulis, tidak perlu lah dinafikan lagi bakat mereka. Lenggok bahasa mereka sahaja sudah mengujakan. Yang baru pula, wah, bakat itu sememangya terpendam. Terluah kali pertama, aku "tidak setuju" jika mereka katakan mereka itu orang baru.
  4. Ada pelbagai latar belakang. Yang senior, yang remaja. Paling muda umurnya 13 tahun. Hanya 2 tahun berbeza dengan anak sulung saya!


Itu sahaja. Buat masa ini.

Jangan ditanya kisah mana yang paling menarik. Jawapan berhemah aku, semuanya baik. Ikut selera dan ragam masing-masing. Mungkin ada yang biasa-biasa, mungkin ada yang terkesan kerana kita pernah berada di situasi yang sama.

Ya. Ada yang aku sangat-sangat suka. Bukan satu, bukan dua. Banyak. Cuma untuk berkongsi di sini, agak janggal rasanya. Puji satu penulis, mungkin ada antara 48 yang lain terluka. Jadi, sekali lagi, biarlah yang selain 50 penulis ini yang mengulas.

Ulas baik-baik, ya. :)

Ulasan buku-buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press