PBAKL 2014 (dan maklumat berkaitan)

Semalam. 1 May 2014.

Hari cuti awam di Malaysia. Satu dunia, mungkin.

Aku dan anak-anak, sudah merancang-rancang awal dua minggu sudah mahu ke PBAKL. Hampir-hampir ditunda ke hari minggu, disebabkan hero terbaru kesayangan kami yang demam. Mujur tidak teruk dan melarat, jadi perancangan tetap diteruskan.

Kesian Umi. Jaga Hafiz, ye.

Dan kurang 30 minit sebelum bergerak pergi, aku terima mesej daripada kakak.

"Akak nak ikut!"

Jadi, hari itu segerombolan enam darah daging Haji Mohamed Yusof dan Hajah Samsiar dengan hati riang-ria menuju ke pesta buku.

Kerana sudah tahu akan ada perhimpunan demonstrasi (bantah GST) pada hari yang sama, kami memutuskan untuk menaiki pengangkutan awam. LRT Star menjadi pilihan. Mudah. Parkirkan kereta di stesen Sentul dengan bayaran RM3 sekali masuk. Seawal jam 9, kami sudah di dalam keretapi. Parkir masih kosong, LRT masih kosong.

Untung lah!

Nasihat ikhlas; elok lah belikan siap-siap tiket untuk pulang. Kami menunggu hampir setengah jam beratur untuk membeli tiket balik. Penuh! Sesak!

Tiba di kawasan pameran, orang sudah ramai. Berbondong-bondong. Wah! Masyarakat Malaysia kini sudah cinta pada buku.

Eh! Bukan. Aku terlupa kan tanda "?".

Wah! Masyarakat Malaysia kini sudah cinta pada buku?

Bukan bersikap sarkastik, tetapi benar-benar ingin tahu. Kerana apabila melihat sekeliling, boleh dikira-kira dengan jari saudara dan sahabat yang membaca. Aku sendiri hanya baru bermula (semula) 4-5 tahun yang sudah. Kalau ini betul-betul, maka ini perkembangan yang sihat.

Amat sihat. Dan aku boleh lah menulis lagi. Hihihihi!

Jangan lupa beli Kapsul Nurani, ya!


10 TIPS KE PBAKL

Antara perkara yang boleh dikongsi;
  1. Senaraikan buku yang hendak dibeli. Ini penting untuk setkan target. Jimat masa. Jimat duit! Err.. Jimat duit tu tipu. Kah kah kah! Aku ada kongsikan senarai kedai buku / penerbit di entri sebelum ini. Klik sini. \
  2. Pergi awal. Tengah hari sudah macam tin sardin. Malam, kurang pasti. Kalau ada cuti, pergilah waktu hari bekerja.
  3. Naik pengangkutan awam. Bas, saya kurang pasti. Tapi kalau keretapi, gunakan LRT Star. Dari perhentian bersebelahan Sunway Putra ke PWTC, sudah ada laluan khas untuk pejalan kaki. Kami (dari Gombak) parkir kereta di Stesen Sentul, RM3 sekali masuk. Tambang ke PWTC, RM1. Mudah dan cepat.
  4. Naik pengangkutan awam (LRT), gunakan lah kad Rapid atau Touch N Go. Ini bukan promosi. Tapi untuk memudahkan. Pernah sekali kami terpaksa beratur panjang untuk beli tiket balik.
  5. Boleh juga guna Grab Car.
  6. Bawa lah anak-anak, terutamanya yang sudah bersekolah. Seronok tengok antara kelompok yang datang itu, satu keluarga (termasuk kami). Tetapi jangan terlepas pandang. Belum sampai sejam, sudah ada pengumuman kehilangan anak, tahu?
  7. Bawa baby? Aku tak menghalang, tapi tak pula menggalakkan. Melihat suasana yang padat, kurang sesuai untuk bawa anak kecil. Terpulang lah.
  8. "Buang" lah apa yang patut dibuang sedari awal. Tandasnya, beratur panjang! Kalau kentut tak apa, orang tak perasan.
  9. Bawa bekal dari rumah, terutamanya air minuman. Jalan-jalan ke setiap level memang memenatkan. Ada disediakan kaunter jualan makanan dan air, jadi bawalah wang tambahan (rugi juga, wang beli makanan itu boleh dapat sebuah buku, paling minimum).
  10. Beli buku Kapsul Nurani di Greendome Sdn Bhd (L060-L062). :)


Di stesen Sentul
Yeay! Keretapi dah sampai!
Masing-masing sudah lama tak naik LRT
Kedai masih tutup, jadi bergambar dulu!
Persembahan koir/nyanyian anak-anak PLKN
Bergambar dengan "pahlawan". :)
Berehat, sebelum menyambung perjalanan.
Padat. Terpaksa menggunakan konsep "itik pulang petang" untuk memastikan tiada yang tertinggal
Akhirnya, lepas keluar. Masing-masing sudah penat dan lapar.
Suasana sesak di stesen LRT. Orang ramai beratur mahu membeli tiket.



Selamat berpesta, ya!

Berburu Buku di Jakarta, Indonesia













Reactions

Post a Comment

0 Comments