Friday, 13 June 2014

thumbnail

Anak Minang pulang ke Padang

Ya. Saya orang Minang. Ibu bapa saya masih asli minangnya secara keturunan. Belum ada campuran dengan darah keturunan lain. Hanya bermula dengan kami, generasi anak-anak abah emak mula bercampur-baur, tidak lagi dalam lingkungan minang. Kecuali abang yang sulung, isterinya orang Serting. Orang Minang dari Negeri Sembilan.

Tidak sama.

Kerana kami ini Minang yang susur galurnya terus dari Ranah Minang, Sumatera Barat. Bukan Minang keturunan perpatih seperti di Negeri Sembilan. Kami anak minang jalur temenggung. Walaupun abah emak sudah generasi yang keempat/kelima di bumi Malaysia ini, ikatan kami masih kuat dengan tanah asal usul.

Jadi, berpeluang ke Padang tahun lepas sememangnya amat diraikan. Mahu melihat tanah nenek moyang menuai keringat, mahu tahu adat resam sendiri. Pendek kata, mahu berkenal-kenal dengan diri sendiri.

Ini perjalanan anak-anak Minang. Bersama abah dan emak, keluarga kakak, keluarga adik dan adik emak, kami menjejak kaki ke bumi indah di Sumatera Barat ini.

Anak Minang pulang ke Padang.


Hari 1



Hari 2 dan 3



Hari 4 dan 5



Lokasi perjalanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thursday, 12 June 2014

thumbnail

Rose Valley, Cameron Highland

Sepupu
Sepupu

Rose Valley ini terletak di Tringkap. Sekiranya datang dari Simpang Pulai, Rose Valley terletak di kiri bahu jalan. Silap gaya, boleh terlepas kerana pintu masuk ke taman ini terselit antara deretan kedai-kedai jualan sepanjang jalan. Ada papantanda yang besar tersergam di pintu masuk, jadi sentiasa lah panjangkan leher untuk mencari.

Bayaran yang dikenakan; RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak. Maaf, sudah lupa-lupa ingat.

Berbanding dengan Cameron Lavender Garden, Rose Valley merangkumi kawasan lereng bukit yang tidak begitu tinggi. Tangga disediakan untuk ke setiap tingkat, seperti mana tempat-tempat yang lain. Di sini tanaman yang ada, lebih meriah jenis dan warnanya. Suasana yang rimbun membuatkan suasana agak kelam, tetapi menyamankan. Memang leka memerhatikan setiap ceruk taman ini. Bunga-bunganya kembang mekar dan sangat cantik.

Ah! Mat Bunga lah tuh!

Bukan. Aku bukan mat bunga. Bagi orang yang suka kepada alam semulajadi, warna dan corak daun yang pegun hijau juga boleh memikat. Apatah lagi bunga yang merah, biru, ungu, jingga dan macam-macam warna lagi. Belum lagi termasuk baunya. Belum lagi diteliti corak kelopaknya. Jika hanya melihat bunga hanya sebagai bunga, memanglah tiada apa-apa. Tetapi, kalau dilihat dan kagum kepada kuasa yang mencipta bunga-bunga ini, tidak kah itu juga mendapat pahala?

:)

Bunga Ungu

Ros Putih
Bunga Ros

Gerbera Kuning


Gerbera Merah Jambu
Gerbera

Gerbera
Gerbera

Ada juga kawasan rehat yang disediakan. Pastinya kawasan ini dihias cantik, untuk tujuan fotografi para pengunjung. Kami pun tidak melepaskan peluang.

Model paksaan
Model Paksaan

Melepas lelah lepas mendaki
Melepas lelah lepas mendaki









Nota kaki;
  • Kawasan parkir yang khusus tidak ada. Hanya ditepi jalan.
  • Tangganya licin, jadi hati-hati.


******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Homestay Taman Sedia
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. Cameron Valley Tea House
    2. BOH Tea Center Sungei Palas





Wednesday, 11 June 2014

thumbnail

BOH Tea Center Sungei Palas, Cameron Highland

Tahun 2012 kami ke BOH Tea Center Sungai Palas (BTCSP). Kalau dilihat pada gambar-gambar promosi Cameron Highland (CH), kebanyakkannya memuatkan gambar kafe yang terdapat di BTCSP ini.

Cafe Boh Tea Centre Sungei Palas
Cafe Boh Tea Centre Sungai Palas

Lagi-lagi, ketika kami mahu ke sana Malaysia dilanda deman Ombak Rindu. Bila dimaklumkan kepada rakan taulan, kata mereka, pergi lah ke Sungai Palas. Di situ lah tempat pengambaran cerita Ombak Rindu.

Hmmmm.. ada aku kisah?

Ahahaha!

Kami mahu ke sana kerana kami sudah ke ladang teh Cameron Valley Tea House, jadi kali ini biarlah ke tempat yang berbeza. Iya, sedikit sebanyak pengaruh "Ombak Rindu" itu juga ada. Dan terpaksalah aku yang bukan peminat filem melayu moden ini mengaku, aku juga menonton filem ini. Hanya kerana promosi di kalangan warga maya yang hebat, juga mendapat salinan filem itu secara "percuma". :)

Untuk ke ladang ini, jalannya agak berliku. Kami datang dari  Berincang, dan penunjuk arah yang diberi ialah simpangnya berhampiran dengan Kea Farm. Pesan rakan-rakan, selepas Kea Farm pandu perlahan dan lihat ke arah kiri. Ada simpang menuju ke atas bukit. Untung kami tidak terlajak, kerana simpang itu agak kecil, ibarat jalan ke kawasan terpencil.

Memandu di sini memang mencabar. Lorong jalannya kecil, dan hanya muat-muat sebuah kereta untuk setiap lorong. Sampai satu ketika, akan menelusuri kawasan cerun bukit yang agak tinggi. Selekohnya juga agak tajam, jadi perlu perlahan dikhuatiri ada kenderaan datang dari arah bertentangan.

Bas, lori semuanya ada. Jadi, jangan ingat lorong kecil ini hanya untuk kereta saja, ya!

Kami sampai di kawasan perumahan (perumahan pekerja, mungkin) dan diminta meletakkan kenderaan di situ. Hanya kenderaan tertentu dibenarkan terus naik ke atas (lokasi BTCSP ini di atas bukit). Mungkin boleh dibincang sekiranya ada warga emas yang turut serta dalam lawatan, kerana mendaki ke atas  bukit ini agak jauh dan curam.


Menjamu Selera

Pemandangan dari atas bukit ini sememangnya menarik. Kami terus saja ke kafe untuk mengisi perut. Sekali lagi, makanannya terlalu "kebaratan", jadi tekak orang kampung aku susah untuk terima. Makan juga lah sebab sudah beli.

Pelbagai pilihan roti
Pelbagai pilihan roti

Cafe dengan pemandangan yang menyegarkan
Cafe dengan pemandangan yang menyegarkan


Proses Penghasilan Teh

Selesai mengisi perut, kami teruskan ke bahagian lain di BTCSP ini. Kami ke kilang teh yang masih beroperasi. Ditunjukkan bagaimana teh daripada daun diproses menjadi serbuk teh yang kita gunakan sehari-hari.

Peringkat 1
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat2
Peringkat 3
Peringkat 3
Peringkat 4
Peringkat 4
Peringkat 5
Peringkat 5

Sungei Palas Visitors Centre
Sungei Palas Visitors Centre








Gambar-gambar sekitar BOH Tea Center Sungei Palas

Selesai melawat kilang, kami pun beransur balik. Tetapi, seperti biasa kami bergambar di keliling BTCSP ini. Jentera, bangunan yang masih "retro" memang menarik untuk dijadikan latarbelakang gambar.

Penyeri
Penyeri

Lama
Lama

BOH Tea Centre Sungei Palas
BOH Tea Centre Sungei Palas

Pemandangan di BOH Tea Centre Sungei Palas
Pemandangan di BOH Tea Centre Sungei Palas

Tuan Riza dan keluarga
Tuan Riza dan keluarga

Daun Teh yang wangi
Daun Teh yang wangi


Adik dan Abang

Comel

Abah dan Adik

Kepenatan


Keseluruhannya baik. Cuma, mungkin ini lawatan pertama dan terakhir kami ke sini. Lebih seronok di Cameron Valley Tea House. :)



******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Homestay Taman Sedia
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Rose Valley
    4. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. Cameron Valley Tea House




Tuesday, 10 June 2014

thumbnail

Cameron Valley Tea House, Cameron Highland

Cameron Valley Tea House
Pemandangan panorama di Cameron Valley Tea House
Selain strawberi, ladang teh juga menjadi tarikan utama di Cameron Highland. Dikatakan ladang teh di Cameron Highland adalah yang terbesar di Malaysia. Tidak pasti di mana lagi ada ladang teh, selain Sabah. Ada dua pengusaha utama teh di Cameron Highland ini; Bharat Group dan juga BOH.

Cameron Valley Tea House ini milik Bharat Group. Tahun 2011, kami ada ke sini tetapi waktu itu hari hujan. Rempuh juga rintik air, untuk bergambar.

Ruang parkir
Menikmati teh beramai-ramai
Couple
Hamparan ladang teh
Sedap ke Pak Lang?
Teh Tarik Crew
Tahun 2011

Kami ke sana lagi baru-baru ini, kerana Umi yang beria hendak ke sana. Katanya, mahu makan kek cheese. Tapi sudahnya, kami kenyang bergambar. Sudah singgah makan di Tanah Rata, mana lagi ada celah yang boleh diisi dalam perut. Eheh!

Pengajaran; makan biar kenyang sebelum ke sesuatu tempat. Sudah kenyang, "semangat" mahu membeli juga terbenam. :)

Kali ini cuaca cerah. Baru lah puas mahu bergambar. Macam-macam gaya.

Cameron Valley Tea House
Cameron Valley Tea House

Tangga ke ladang
Menuruni tangga ke ladang. Agak licin, hati-hati.
Pemandangan ladang yang menarik
Pemandangan yang menarik
Anak dara bergaya
Anak dara bergaya sakan.
Pengawas perpustakaan yang kacak
Pengawas perpustakaan yang kacak

Hafiz dan bunda
Belum umur setahun sudah sampai Cameron Highland. Abah? 34 tahun!
Keluarga
Kali pertama ke sini, 5 orang. Sekarang sudah enam. Lain kali? Gulp!
Panda dan beruang
Panda terlepas
Tea House ini terletak betul-betul di laluan utama dari Tanah Rata ke Ringlet. Kurang pasti berapa jauh. Dari bandar Tanah Rata, perlu menyelusuri jalan yang berbelok-belok (acara melenggang perut katanya) menghala ke Ringlet (juga Tapah). Perlu berhati-hati dan kurangkan kelajuan. Ada ruang meletak kereta yang tersedia dan percuma. Kedai menjual cenderamata dan juga produk Bharat Tea sederet dengan kafenya. Mahu bersantai sambil menikmati pemandangan yang luas mata memandang, ini lah tempatnya. Dari kafe, ada jalan kecil menuju ke ladang teh. Sekali lagi, perlu hati-hati kerana tangganya licin dan agak curam.

Bagi kami, kami lebih menggemari tempat ini berbanding dengan Ladang Teh Sungai Palas. Mungkin faktor akses yang mudah dan pemandangan yang tidak kurang kalahnya dengan Sungai Palas.

Pilih.



******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Homestay Taman Sedia
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Rose Valley
    4. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. BOH Tea Center Sungei Palas





About