Anak Minang Pulang Ke Padang


Ya. Saya orang Minang. Ibu bapa saya masih asli minangnya secara keturunan. Belum ada campuran dengan darah keturunan lain. Tetapi bermula dengan kami, generasi anak-anak abah emak mula bercampur-baur, tidak lagi dalam lingkungan minang. Kecuali abang yang sulung, isterinya orang Serting. Orang Minang dari Negeri Sembilan.

Tidak sama.

Kerana kami ini Minang yang susur galurnya terus dari Ranah Minang, Sumatera Barat. Bukan Minang keturunan pepatih seperti di Negeri Sembilan. Kami anak minang jalur temenggung. Walaupun abah emak sudah generasi yang keempat/kelima di bumi Malaysia ini, ikatan kami masih kuat dengan tanah asal usul.

Jadi, berpeluang ke Padang tahun 2013 sememangnya amat diraikan. Mahu melihat tanah tempat nenek moyang menuai keringat, mahu tahu adat resam sendiri. Pendek kata, mahu berkenal-kenal dengan diri sendiri.

Ini perjalanan anak-anak Minang. Bersama abah dan emak, keluarga kakak, keluarga adik dan adik emak, kami menjejak kaki ke bumi indah di Sumatera Barat ini.

Anak Minang pulang ke Padang.


Hari 1



Hari 2 dan 3



Hari 4 dan 5



Lokasi perjalanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.





Reactions

Post a Comment

0 Comments