Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

June 03, 2014

Tiga kali ke Cameron Highland, tiga kali juga kami ke kebun strawberi atas bukit ini. Terletak di Berinchang (berhampiran dengan kawasan pasar malam), dan jalan untuk ke tempat ini agak terlindung. Kalau tidak dibawa ipar, tak mungkin kami sampai.

Iya lah. Jalan masuknya di belakang rumah orang!

Di sini tempat kami memetik strawberi kali yang pertama. Mengujakan, kerana strawberi sudah menjadi ikon untuk Cameron Highland. Harus hati-hati, takut nanti bakul strawberi melimpah-ruah, isi dompet juga seiring menipis. Ehehehe!

Strawberry Dalam Pasu
Berjuntaian
Menunggu giliran
Menunggu giliran
Abang Haris
Abang Haris
Kakak Hanim
Kakak Hanim
Hasil tuaian
Hasil tuaian
Memetik Strawberi di Cameron Highland
Petik
Tahun 2011

Selain kebun strawberi, ada juga pelbagai tanaman pokok bunga yang pelbagai warna. Memang menggiurkan, rasa mahu diangkut semuanya disumbat ke dalam kereta. Mujur masih sedar diri. Hanya pokok renek kaktus mini sebagai pengganti. Pelbagai saiz, pelbagai bentuk.


Kaktus Comel

Kaktus Kecil

Kaktus Katik
Kaktus Selirat

Ada satu bahagian di sini yang menarik perhatian. Bagi mata seorang fotografer (konon). Dinding bata yang dicat merah, dihiasai dengan pokok bunga berwarna-warni, memang sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang. Kali pertama, kami tak perasan. Kali kedua dan ketiga, jadi lokasi tetap untuk kami bergaya sekeluarga.

Geng Anak Dara
Geng anak dara
Kakak Hanim
Kakak Hanim

Kakak Hanis
Kakak Hanis

Ummi, Abah dan Hafiz
Umi, Abah & Hafiz
Abang Haris
Handsome Boy
Geng Bujang
Abang Haris dengan Alif

Sepupu
Sepupu-sepapat

Dan penutup aktiviti (atau pembuka), acara makan-makan.Tidak ada nasi paprik, nasi pattaya, nasi daging merah, mee bandung atau seumpamanya. Sediakan tekak untuk makanan yang agak kebaratan, dan hampir kesemuanya berasaskan strawberi. Yang menjadi pilihan kami sekeluarga; kentang goreng (panas), Wafle Aiskrim, Aiskrim Goreng dan yang terbaru, strawberi cicah coklat.



Big Red Strawberry Farm sudah masuk dalam senarai "mesti pergi" kami kalau ke Cameron Highland. Kalau ada kad keahlian, kami sedia!


Nota kaki;
  1. Pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik. Mendaki agak tinggi, menurun agak curam. Hati-hati terutamanya ketika hujan.
  2. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.



******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Penginapan
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Rose Valley
    4. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. Cameron Valley Tea House
    2. BOH Tea Center Sungei Palas



You Might Also Like

0 comments

Press

press