BOH Tea Center Sungei Palas, Cameron Highland

Tahun 2012 kami ke BOH Tea Center Sungai Palas (BTCSP). Kalau dilihat pada gambar-gambar promosi Cameron Highland (CH), kebanyakkannya memuatkan gambar kafe yang terdapat di BTCSP ini.

Cafe Boh Tea Centre Sungei Palas
Cafe Boh Tea Centre Sungai Palas

Lagi-lagi, ketika kami mahu ke sana Malaysia dilanda deman Ombak Rindu. Bila dimaklumkan kepada rakan taulan, kata mereka, pergi lah ke Sungai Palas. Di situ lah tempat pengambaran cerita Ombak Rindu.

Hmmmm.. ada aku kisah?

Ahahaha!

Kami mahu ke sana kerana kami sudah ke ladang teh Cameron Valley Tea House, jadi kali ini biarlah ke tempat yang berbeza. Iya, sedikit sebanyak pengaruh "Ombak Rindu" itu juga ada. Dan terpaksalah aku yang bukan peminat filem melayu moden ini mengaku, aku juga menonton filem ini. Hanya kerana promosi di kalangan warga maya yang hebat, juga mendapat salinan filem itu secara "percuma". :)

Untuk ke ladang ini, jalannya agak berliku. Kami datang dari  Berincang, dan penunjuk arah yang diberi ialah simpangnya berhampiran dengan Kea Farm. Pesan rakan-rakan, selepas Kea Farm pandu perlahan dan lihat ke arah kiri. Ada simpang menuju ke atas bukit. Untung kami tidak terlajak, kerana simpang itu agak kecil, ibarat jalan ke kawasan terpencil.

Memandu di sini memang mencabar. Lorong jalannya kecil, dan hanya muat-muat sebuah kereta untuk setiap lorong. Sampai satu ketika, akan menelusuri kawasan cerun bukit yang agak tinggi. Selekohnya juga agak tajam, jadi perlu perlahan dikhuatiri ada kenderaan datang dari arah bertentangan.

Bas, lori semuanya ada. Jadi, jangan ingat lorong kecil ini hanya untuk kereta saja, ya!

Kami sampai di kawasan perumahan (perumahan pekerja, mungkin) dan diminta meletakkan kenderaan di situ. Hanya kenderaan tertentu dibenarkan terus naik ke atas (lokasi BTCSP ini di atas bukit). Mungkin boleh dibincang sekiranya ada warga emas yang turut serta dalam lawatan, kerana mendaki ke atas  bukit ini agak jauh dan curam.


Menjamu Selera

Pemandangan dari atas bukit ini sememangnya menarik. Kami terus saja ke kafe untuk mengisi perut. Sekali lagi, makanannya terlalu "kebaratan", jadi tekak orang kampung aku susah untuk terima. Makan juga lah sebab sudah beli.

Pelbagai pilihan roti
Pelbagai pilihan roti

Cafe dengan pemandangan yang menyegarkan
Cafe dengan pemandangan yang menyegarkan


Proses Penghasilan Teh

Selesai mengisi perut, kami teruskan ke bahagian lain di BTCSP ini. Kami ke kilang teh yang masih beroperasi. Ditunjukkan bagaimana teh daripada daun diproses menjadi serbuk teh yang kita gunakan sehari-hari.

Peringkat 1
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat2
Peringkat 3
Peringkat 3
Peringkat 4
Peringkat 4
Peringkat 5
Peringkat 5

Sungei Palas Visitors Centre
Sungei Palas Visitors Centre








Gambar-gambar sekitar BOH Tea Center Sungei Palas

Selesai melawat kilang, kami pun beransur balik. Tetapi, seperti biasa kami bergambar di keliling BTCSP ini. Jentera, bangunan yang masih "retro" memang menarik untuk dijadikan latarbelakang gambar.

Penyeri
Penyeri

Lama
Lama

BOH Tea Centre Sungei Palas
BOH Tea Centre Sungei Palas

Pemandangan di BOH Tea Centre Sungei Palas
Pemandangan di BOH Tea Centre Sungei Palas

Tuan Riza dan keluarga
Tuan Riza dan keluarga

Daun Teh yang wangi
Daun Teh yang wangi


Adik dan Abang

Comel

Abah dan Adik

Kepenatan


Keseluruhannya baik. Cuma, mungkin ini lawatan pertama dan terakhir kami ke sini. Lebih seronok di Cameron Valley Tea House. :)



******

Anda juga mungkin berminat dengan entri ini;
  1. Homestay Taman Sedia
  2. Taman-taman
    1. Big Red Strawberry Farm
    2. Cameron Lavender Garden
    3. Rose Valley
    4. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Pasar (Shopping)
    1. Kea Farm
  4. Ladang Teh
    1. Cameron Valley Tea House










Reactions

Post a Comment

0 Comments